Thursday, December 30, 2010

Ketenangan vs kefanatikan

Kejayaan skuad bola sepak muda negara merangkul Piala AFF Suzuki 2010 semalam di Stadium Gelora Bung Karno telah menitipkan semangat baru di kalangan rakyat Malaysia.



Apa yang penulis ingin gariskan di sini ialah betapa kejuaraan ini begitu manis lantaran rantaian elemen yang berikut:

  1. Pada peringkat kumpulan dahulu, Malaysia diaibkan dengan gawang negara dibolosi 5 kali di stadium keramat skuad Garuda itu
  2. Kemudian, skuad Harimau Malaya terpaksa mengharap belas skuad Garuda untuk menumbangkan Thailand di peringkat kumpulan. Dan ternyata, itu berlaku. Hasilnya Malaysia mengiringi Indonesia ke pusingan semi final
  3. Dalam perlawanan final pertama di Bukit Jalil, pasukan Merah Putih dijinakkan dengan dibolosi 3 gol tanpa balas. Namun skuad Garuda mendakwa kekalahan itu disebabkan gangguan sinaran laser oleh penyokong Malaysia. Mereka anggap kemenangan itu adalah secara culas
  4. Akhbar-akhbar Indonesia terus memainkan sentimen dengan mendakwa Malaysia menang dengan tipu daya dan muslihat kotor (sinaran laser)
  5. Di Indonesia pula menjelang perlawanan final kedua, penyokong fanatik skuad Garuda mengganggu persiapan skuad Harimau Malaya dengan membuat piket di hadapan hotel penginapan pemain, malah menghina jurulatih skuad kebangsaan dengan gelaran "Raja Gombal" yang bermakna raja kain buruk
  6. Semasa perlawanan final kedua, skuad negara digempur dengan serangan bertali arus pasukan tuan rumah, namun tamat separuh masa pertama, tiada gol terhasil.
  7. Sebaliknya pada separuh masa kedua, skuad negara pula yang berjaya merobek gawang Garuda melalui serangan balas pantas yang disudahi oleh Safee Sali
  8. Gol itu membuat penyokong Merah Putih bungkam. Namun skuad Garuda terus menekan pasukan negara sehingga berjaya juga menggegar gawang Malaysia dua kali. Namun itu masih tidak mencukupi untuk menjuarai piala
  9. Pada tiupan wisel terakhir, Malaysia akhirnya sah menjuarai piala dengan agregat 4 -2.
  10. Lebih manis lagi, kejuaraan ditabalkan di stadium pihak lawan yang sebelum ini mengaibkan skuad negara. Malah penyerang negara, Safee Sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kempen.
  11. Jangan dilupa juga, Malaysia menjuarai piala ini tanpa menggunakan khidmat pemain import yang diberikan taraf kerakyatan mahupun khidmat jurulatih warganegara asing

Selepas kemenangan ini, tiada lagi tuduhan-tuduhan liar daripada pihak akhbar Indonesia yang sebelum ini mendakwa kemenangan Malaysia adalah secara tipu. Gol di tempat lawan oleh Safee Sali membuktikan bahawa Malaysia memang ampuh.

Mereka akhirnya mengakui bahawa mereka sudah kalah walaupun telah melancarkan perang psikologi yang kotor dan tidak beretika sepanjang masa menjelang perlawanan final kedua itu.

Syabas anak-anak muda negara. Tahniah kepada K. Rajagopal!!

Tuesday, November 30, 2010

Barakallah, Maher!

Jika dahulu peminat nasyid disajikan dengan rentak muzik ala padang pasir yang dikenali dengan bunyian alat paluan seperti gendang atau kompang, kini ia sudah berubah dengan pendekatan moden yang lebih dekat dengan generasi muda di kala ini.

Kemunculan Maher Zain telah memberi nafas baharu kepada usaha dakwah menerusi halwa telinga yang didatangkan dalam konsep rentak R & B dan Soul yang sememangnya dekat di hati muda mudi.

Dengan album pertama berjudul "Thank You Allah", beliau merubah pandangan masyarakat dunia pada seni nasyid dengan berjaya menarik begitu ramai peminat di seluruh dunia, malah di Malaysia sendiri jualan album beliau mencapai tahap 'double platinum'.

Dengan alunan muzik moden yang sedap didengar sambil dibantu lirik-lirik lagu dalam bahasa Inggeris yang meruntun kalbu, dakwah beliau sedikit sebanyak mendekatkan para pendengar kepada ajaran Islam yang syumul.


Sekaligus fenomena baru ini membuktikan bahawa nasyid boleh menembusi pasaran antarabangsa seandainya ramuan pakejnya tepat. Bukan produk halal sahaja yang punya pasaran yang global, tetapi muzik juga punya potensi yang sama hebatnya.

Wallahu álam.

Thursday, September 09, 2010

Ramadhan bulan Al-Quran

Alhamdulillah...hari ini adalah hari terakhir kita berada di bulan yang Al-Mubarak. Esok kita akan bertemu pula dengan 1 Syawal bersamaan 10 September, lambang berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahilham!

Saudara saudari pembaca sekalian,
Pada 11 September nanti bersempena kita menyambut Aidil Fitri, sekumpulan umat kafir akan melaksanakan Hari Pembakaran Al Quran Antarabangsa.

Pemerhatian saya ke dalam laman-laman web kempen mereka mendapati betapa mereka ingin menyebarkan mesej kepada kaum kafir lain agar berubah menjadi radikal dalam menentang kebangkitan Islam.
Dengan slogan "Islam is of the Devil", mereka menyeru semua penganut Kristian menyokong usaha mereka. Subhanallah!

Saya turut mengamati video propaganda pelopor utama gerakan ini, Pastor Terry Jones di Youtube. Antara sebab utama beliau memulakan kempen ini ialah kerana peningkatan penganut Islam yang mendadak di Amerika Syarikat dari "a few thousands to 9 million believers". Beliau menggelarnya sebagai "a growing danger in United States".

Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=n5fhYEJUEWo&feature=player_embedded#!


Dalam 'ceramah' itu beliau turut mendakwa Islam sebagai agama yang mengajar umatnya keganasan dengan merujuk kepada Surah At-Taubah ayat 5 serta hadis Nabi yang Shahih yang menyentuh tentang bagaimana batu dan dinding bercakap dan membantu umat Islam di akhir zaman dalam memburu dan membunuh orang-orang Yahudi.

Berikut dipaparkan 10 sebab mereka membuat Gerakan Bakar Al-Quran:

Ten Reasons to Burn a Koran

By Fran Ingram - Posted on 02 September 2010

On 9/11/10 we are burning Korans to raise awareness and warn. In a sense it is neither an act of love nor of hate. We see, as we state in the Ten Reasons below, that Islam is a danger. We are using this act to warn about the teaching and ideology of Islam, which we do hate as it is hateful. We do not hate any people, however. We love, as God loves, all the people in the world and we want them to come to a knowledge of the truth. To warn of danger and harm is a loving act. God is love and truth. If you know the truth it can set you free. The world is in bondage to the massive grip of the lies of Islam. These are:

One

The Koran teaches that Jesus Christ, the Crucified, Risen Son of God, King of Kings and Lord of Lords was NOT the Son of God, nor was he crucified (a well documented historical fact that ONLY Islam denies). This teaching removes the possibility of salvation and eternal life in heaven for all Islam's believers. They face eternal damnation in hell if they do not repent.

Two

The Koran does not have an eternal origin. It is not recorded in heaven. The Almighty God, Creator of the World, is NOT it's source. It is not holy. It's writings are human in origin, a concoction of old and new teachings. This has been stated and restated for centuries by scholars since Islam's beginnings, both Moslem and non-Moslem.

Three

The Koran's teaching includes Arabian idolatry, paganism, rites and rituals. These are demonic, an ongoing satanic stronghold under which Moslems and the world suffer.

Four

The earliest writings that are known to exist about the Prophet Mohammad were recorded 120 years after his death. All of the Islamic writings (the Koran and the Hadith, the biographies, the traditions and histories) are confused, contradictory and inconsistent. Maybe Mohammad never existed. We have no conclusive account about what he said or did. Yet Moslems follow the destructive teachings of Islam without question.

Five

Mohammad's life and message cannot be respected. The first Meccan period of his leadership seems to have been religiously motivated and a search for the truth. But in the second Medina period he was "corrupted by power and worldly ambitions." (Ibn Warraq) These are characteristics that God hates. They also led to political assassinations and massacres which continue to be carried out on a regular basis by his followers today.

Six

Islamic Law is totalitarian in nature. There is no separation of church and state. It is irrational. It is supposedly immutable and cannot be changed. It must be accepted without criticism. It has many similarities to Nazism, Communism and Fascism. It is not compatible with Western Civilization.

Seven

Islam is not compatible with democracy and human rights. The notion of a moral individual capable of making decisions and taking responsibility for them does not exist in Islam. The attitude towards women in Islam as inferior possessions of men has led to countless cases of mistreatment and abuse for which Moslem men receive little or no punishment, and in many cases are encouraged to commit such acts, and are even praised for them. This is a direct fruit of the teachings of the Koran.

Eight

A Muslim does not have the right to change his religion. Apostasy is punishable by death.

Nine

Deep in the Islamic teaching and culture is the irrational fear and loathing of the West.

Ten

Islam is a weapon of Arab imperialism and Islamic colonialism. Wherever Islam has or gains political power, Christians, Jews and all non-Moslems receive persecution, discrimination, are forced to convert. There are massacres and churches, synagogues, temples and other places of worship are destroyed.

Dipetik: http://www.doveworld.org/blog/ten-reasons-to-burn-a-koran

Kita lihat betapa fahaman mereka tentang Islam begitu meleset sehingga membawa kepada tindakan radikal sebegini. Apakah mereka takut kepada Islam (Islamophobia) atau mereka takut kepada berkembangnya pengaruh Islam di seluruh dunia dengan mendadaknya bilangan penganut Islam yang baru?

Lalu apakah tindakan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W pula sebagai reaksi kepada kebangkitan radikal umat Kristian ini?

Pada 11 September mereka akan membakar kitab suci kita. Esok-esok mereka akan membunuh pula umat Islam pula atas dasar Islam itu ajaran Syaitan.

Lalu apakah pelan tindakan kita? Tidak lain melainkan kita sendiri memperdalami ajaran Islam itu sendiri sehingga kita benar-benar kukuh dengan pengetahuan dan kemudian boleh berdakwah memperbetulkan salahtanggapan yang sedang meruncing di kalangan umat Kristian yang radikal ini.

Ayuh saudara saudariku! Kita bangkit menepis propaganda ganas mereka ini. Kita dakwah mereka kepada kebenaran Islam. Lawat laman-laman web kesatuan mereka dan perbetulkan persepsi negatif mereka.

Semoga Allah S.W.T memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka.

Insya Allah...

Monday, July 12, 2010

Logik Solat Berjemaah

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


sumber: http://feryco.com/logiknya-solat-dalam-sudut-pandangan-sains

Tuesday, July 06, 2010

Lambaian Raudhah


Alhamdulillah...

Selamat kembali ke Fitrah, saudara Tyson.

Semoga anda aman dan sejahtera dalam Islam.

Thursday, July 01, 2010

Saya bersumpah atau saya sesumpah?

Flirting with zealotry in Malaysia

By Jackson Diehl
Monday, June 28, 2010


Anwar Ibrahim, the leader of Malaysia's political opposition, has become known over the past decade as one of the foremost advocates of liberal democracy in Muslim countries. His many friends in Washington include prominent members of the neoconservative movement -- such as Paul Wolfowitz, the former World Bank president and U.S. ambassador to Indonesia -- as well as such Democratic grandees as Al Gore.

Lately, Anwar has been getting attention for something else: strident rhetoric about Israel and alleged "Zionist influence" in Malaysia. He recently joined a demonstration outside the U.S. embassy in Kuala Lumpur where an Israeli flag was burned. He's made dark insinuations about the "Jewish-controlled" Washington public relations firm Apco Worldwide, which is working for Malaysia's quasi-authoritarian government.

Therein lies a story of the Obama era -- about a beleaguered democrat fighting for political and personal survival with little help from Washington; about the growing global climate of hostility toward Israel; and about the increasing willingness of U.S. friends in places such as Turkey and Malaysia to exploit it.

First, a little about Anwar: While serving as deputy prime minister under Malaysian strongman Mahathir Mohamad in the 1990s, he began pushing for reforms -- only to be arrested, tried and imprisoned on trumped-up charges of homosexual sodomy. Freed after six years, he built a multiethnic democratic opposition movement that shocked the ruling party with its gains in recent elections. It now appears to have a chance at winning the next parliamentary campaign, which would allow Malaysia to join Indonesia and Turkey as full-fledged majority-Muslim democracies.

Not surprisingly, Anwar is being prosecuted again. Once again the charge is consensual sodomy, which to Malaysia's discredit remains a crime punishable by whipping and a prison sentence of up to 20 years. Anwar, who is 63 and married with children, denies the charge, and the evidence once again is highly suspect. His 25-year-old accuser has confessed to meeting Prime Minister Najib Razak and talking by phone with the national police chief in the days before the alleged sexual encounter.

Nevertheless the trial is not going well. If it ends in another conviction, Anwar's political career and his opposition coalition could be destroyed, and his life could be at risk: His health is not great. Yet the opposition leader is not getting the kind of support from the United States as during his first prosecution, when then-Vice President Gore spoke up for him. Obama said nothing in public about Anwar when he granted Najib a prized bilateral meeting in Washington in April.


After a "senior officials dialogue" between the two governments this month, the State Department conceded that the ongoing trial again had not been raised, "because this issue was recently discussed at length." When it comes to human rights, the Obama administration apparently does not wish to be repetitive.

Anwar meanwhile found his own way to fight back. Hammered for years by government propaganda describing him as an Israeli agent and a Wolfowitz-loving American lackey, he tried to turn the tables, alleging that Apco was manipulating the government to support Israeli and U.S. interests. He also said that Israeli agents had infiltrated Malaysia's security forces and were "directly involved in the running of the government."

Najib describes Israel as "world gangsters." But he quickly turned Anwar's words against him; Apco has been peddling the anti-Israel statements around Washington.

Anwar is like Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, whom he regards as a friend and fellow traveler. Both know better than to indulge in such stuff. Both have recently begun to do it anyway -- after a year in which the Obama administration has frequently displayed irritation with Israel. "If you say we are growing impatient with Israel, that is true," Anwar told me. "If you say I am not too guarded or careful in what I say sometimes, that is also true."

Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful."

Many of the Malaysian's friends are inclined to give him a break. "What Anwar did was wrong, but considering that he's literally fighting for his life -- physically as well as politically -- against a government that attacks him as being 'a puppet of the Jews,' one should cut him some slack," Wolfowitz told me.

But Anwar's story can also be read as a warning. His transition from pro-American democrat to anti-Israeli zealot is sobering -- and it is on the verge of becoming a trend.

source:http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2010/06/27/AR2010062703261.html

Ulasan:

Tujuan penulis memetik tulisan wartawan dari Washington Post ini adalah untuk mengajak para pembaca blog ini berfikir sejenak.

Jika anda bersimpati dengan nasib warga Palestine dan juga korban tragedi Mavi Marmara, cuba pula lihat kenyataan tokoh di dalam foto di atas. Fokus kepada perenggan yang berwarna merah huruf-hurufnya.

Di saat seluruh masyarakat dunia mengutuk kebinatangan Israel, tokoh ini boleh menukar statement keras yang pernah dia buat untuk menyejukkan hati tokoh-tokoh Yahudi berpengaruh di Washington.

Justeru, beri masa kepada minda tuan-tuan dan puan-puan untuk menilai karektor tokoh ini dengan saksama dan telus.

Semoga kita semua mendapat redha dan perlindungan dari Allah s.w.t.

Wednesday, June 16, 2010

Muamalah Terhina

"Hai...tersengih-sengih sendiri kat depan PC nie kenapa?"

"Nie ha...aku tengah YM dengan seorang awek gedik nie"

"Kau biar betul!!!"

"Betul la. Dia lagi ajak jumpa nie. Katanya dia sunyi sebab suaminya outstation lama"

"Jadi ngko nak jumpa dia la nie?"

"Eh...dah tentulah...rezeki jangan ditolak"

Begitulah keadaan masyarakat hari nie. Teknologi perhubungan yang canggih telah memudahkan lagi perkenalan terlarang dan menjurus kepada hubungan yang amat ditegah oleh Islam, lebih-lebih lagi orang yang bergelar suami atau isteri orang.

Mari kita telusuri apa hukumnya perbuatan bermuamalah dengan tujuan menuju ke arah zina, khususnya bagi suami atau isteri orang.

Allah taala telah berfirman, ertinya: “dan jangan kamu hampiri zina, kerana sesungguhnya zina adalah keji (fahisyah), dan jalan yang buruk.” (al-Isra’, 32)

Kata Ibnu Hajar al-Haitami: fahisyah adalah maksiat yang paling buruk. Fahisyah adalah merujuk kepada buruk pada pandangan akal, dan ‘jalan yang buruk’ merujuk kepada keburukan pada adat kebiasaan manusia.

Firman-Nya lagi, ertinya: “dan orang-orang yang tidak menyeru tuhan selain daripada Allah, dan tidak membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, dan tidak berzina. Sesiapa yang melakukan perkara tersebut akan menemui ‘atham’ dan digandakan azab untuknya pada hari kiamat, dan kekal dalam keadaan hina di dalamnya, melainkan orang yang bertaubat dan beramal soleh, maka merekalah yang digantikan keburukan mereka dengan kebaikan, dan Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani. (al-Furqan, 68-70)

Sebahagia ulama berkata, maksud ‘atham’ ialah satu daripada nama-nama neraka jahannam, sebahagian ulama mengatakan maknanya ialah satu lembah di dalam jahannam, ada ulama mengatakan itu ialah nama sebuah perigi di dalamnya.

Firman Allah lagi, ertinya: “penzina lelaki dan perempuan hendaklah disebat tiap seorang daripada mereka seratus sebatan. Dan jangan kamu merasa belas kasihan di dalam melaksanakan hukuman agama Allah jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah hukuman yang dijalankan itu dilihat oleh sebahagian orang-orang Islam. (an-Nur, 52)

Larangan berbelas kasihan kepada mereka kerana mereka melakukan dosa yang paling besar selepas membunuh. Kerana itulah Allah telah menyebut zina seiring dengan syirik dan bunuh di dalam ayat di atas. (al-Furqan, 68-70)

Allah memerintahkan supaya hukuman sebat dijalankan di hadapan khlayak ramai supaya orang lain akan merasa takut disebat dan tidak akan melakukan zina.

Kata para ulama: barangsiapa yang berzina kemudian mati tanpa dihukum sebat dan tidak bertaubat, akan di azab dengan cemeti yang dibuat daripada api, sebagaiman ditulis di dalam kitab Zabur bahawa para penzina akan digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka dan dipukul kemaluan mereka dengan cemeti besi. Apabila mereka minta tolong dihentikan pukulan itu, malaikat akan berkata, “di manakah suara ini, sedangkan kamu dulu ketawa dan gembira. tidak merasakan Allah melihat kamu dan tidak malu kepada-Nya.”

Firman Allah taala di dalam surah al-Mu’minun, ertinya: “Sesungguhnya telah berjaya orang-orang yang beriman (1), (mereka ialah) orang yang khusyuk di dalam solat mereka (2), orang yang meninggalkan perkara sia-sia (3), orang yang menunaikan zakat (4), orang yang memelihara kemaluan mereka (5), kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan hamba-hamba mereka, maka sesungguhnya mereka tidak dicela, (6) maka sesiapa yang mencari selain itu (isteri dan hamba perempuan), merekalah orang yang melampaui batas. (7)

Maksud “selain itu” ialah zina, liwat, dan megeluarkan mani dengan tangan.

Sambungan ayat di atas ialah: “dan orang yang menjaga amanah mereka (8), dan orang yang menjaga solat mereka (9), mereka ialah para pewaris (10), yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya (11).

Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam, ertinya: “tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dengan pada hari qiamat, dan tidak membersihkan mereka, dan tidak memandang kepada mereka: orang yang tua yang berzina, pemerintah yang menipu dan orang miskin yang sombong.” (Muslim, Ahmad, Nasai)
“Tidak akan masuk syurga orang miskin yang sombong, orang tua yang berzina dan orang yang mengungkit-ungkit amalan baiknya kepada Allah.” (At-Tabarani)

“Sesungguhnya para penzina akan menyala api di mukanya.” (At-Thbarani)

“Nabi (saw) bercerita bahawa beliau melihat di dalam mimpinya lelaki dan perempuan yang telanjang berada di dalam tempat yang seperti dapur yang sempit bahagian atasnya dan luas bahagian bawahnya. Api datang dari bawah mereka lalu mereka menjerit kesakitan. Apabila ditanya mengenai mereka dua lelaki yang bersamanya menjawab bahawa mereka ialah para penzina. (Al-Bukhari)

“Zina akan meyebabkan kemiskinan.” (Baihaqi)

“Umatku sentiasa berada di dalam kebaikan selagi tidak berleluasa perbuatan zina, apabila banyak berlaku zina hampirlah Allah akan mengumumkan mereka dengan azab.” (Ahmad)

“Selepas syirik, tidak ada dosa yang lebih besar daripada memasukkan air mani ke dalam rahim yang tidak halal.’ (Ibnu Abid Dunya))

“Umatku sentiasa dalam keadaan baik, urusan mereka tenteram selagi tidak ramainya anak zina.” (Abu Ya’la)

“Apabila nyata perbuatan zina, akan nyatalah kefakiran dan kemiskinan.” (al-Bazzar)

“Tidaklah zahir fahisyah (zina) di dalam satu kaum melainkan Allah akan menjadikan kematian menguasai mereka.” (al-Hakim)

“Tidaklah zahir fahisyah (zina) di dalam satu kaum sekali-kali sehingga mereka dilaknat, melainkan akan tersebar penyakit taun di kalangan mereka, dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada pada umat sebelum mereka.” (Ibnu Majah)

“Di dalam jahannam terdapat sebuah lembah yang terdapat banyak ular. Setiap ekor ular adalah sebesar leher unta. Ia mematuk orang yang meninggalkan solat sehingga mendidih bisanya di dalam badan orang itu selama tujuh puluh tahun, kemudia akan gugur dagingnya. Dan sesungguhnya di dalam neraka jahannam ada sebuah lembah bernama ‘Lubang Kesedihan’ yang mengandungi ular-ular dan kala jengking. Kala jengkingnya sebesar baghal yang mempunyai tujuh puluh sengat. Pada setiap sengat ada racun. Ia menyengat penzina dan melepaskan bisanya di dalam tubuh penzina tersebut yang ia dapat merasakan kesakitan bisa itu seribu tahun, kemudian bercerai-berai dagingnya, dan megalir nanah dan danur daripada kemaluannya.” (Zawajir)

“Sesiapa yang meletakkan tangannya dengan bernafsu pada seorang perempuan yang tidak halal baginya akan diikat dua tangannya ke lehernya pada hari kiamat. Jika ia menciumnya akan dipotong bibir mulutnya di dalam neraka. Jika ia berzina dengannya pahanya akan bercakap dan menjadi saksi perzinaannya pada hari kiamat. Pahanya akan berkata: aku melakukan perkara yang haram. Lalu Allah akann memandang kepadanya dengan murka maka gugurlah daging mukanya. Ia menafikannya dan berkata: aku tidak berzina. Lidahnya akan berkata aku berkata dengan perkara yang haram. Tangannya berkata: aku memegang perkara yang haram, matanya berkata: aku memandang perkara yang haram. Kakinya berkata: aku berjalan kepada yang haram. Kemaluannya berkata: aku melakukannya (zina). Kata malaikat hafazah: aku melihat. Kata malaikat yang lain: aku menulis. Firman Allah: Aku melihat dan aku sembunyikan. Firman Allah: Wahai malaikat-Ku tangkaplah dia, Rasakan kepadanya azab-Ku. Aku amat murka kepada orang yang kurang merasa malu kepada-Ku.” (Zawajir)

“Sesiapa yang berzina denga isteri orang lain, kedua-duanya akan diazab di dalam kubur dengan setengah azab keseluruhan umat ini. Pada hari kiamat pahala si penzina itu akan diberikan kepada suami wanita itu. Ini sekiranya suaminya tidak mengetahui perbuatan zinanya. Sekiranya ia tahu dan mendiamkan diri Allah akan mengharamkan syurga kepadanya suaminya, kerana di atas pintu syurga ditulis ‘kamu haram dimasuki dayus’” (Zawajir)

Dayus ialah suami yang mengetahui isterinya melakukan zina tetapi ia mendiamkannya dan tidak merasa cemburu.

“Jika seorang lelaki berzina dengan sepuluh orang perempuan lebih ringan daripada ia berzina dengan isteri jirannya.” (Ahmad)

“Orang yang berzina dengan isteri jirannya, Allah tidak akan memandang kepadanya pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkannya. Allah akan berfirman kepadanya: masuklah neraka bersama orang lain yang masuk.” (Ibnu Abid Dunya)

“Sesiapa yang duduk di atas tempat tidur perempuan yang suaminya tiada di rumah Allah akan melepaskan seekor ular kepadanya pada hari kiamat.”(Tabarani)

Kata Syaikh Ibnu Hajar di dalam kitab Az-Zawajir aniqtirafil Kaba’ir: Zina mempunyai beberapa peringkat: Zina dengan perempuan asing yang tidak bersuami adalah dosa besar. Lebih besar dari itu ialah zina dengan perempuan asing yang bersuami. Lebih besar dari itu ialah zina dengan perempuan mahram. Zina orang yang telah berkahwin adalah lebih besar dosanya dariapada zina orang yang belum berkahwin. Zina orang tua adalah lebih besar dosanya daripada zina orang muda.

Segala dosa akan digandakan mengikut tempat dan waktu digandakan pahala, seperti hari Jumaat, bulan Ramadhan dan di Tanah Haram Makkah. Zina pada waktu dan tempat ini juga akan digandakan azab melebihi selainnya.

http://anakgeriksoleh.blogspot.com

Sunday, June 06, 2010

Di tasik nikmat

Tepat jam 7.15 pagi.

Sebelum kaki mula berlari, aktiviti renggangan badan dibuat terlebih dahulu untuk menyiapkan otot kaki, tangan dan jantung.
Setelah 7 minit warm up, kaki pun mula berlari anak....berlari seiring pengunjung lain di Tasik Titiwangsa yang permai ini.


Sambil berlari dan menghirup udara pagi, pelbagai gelagat manusia terhidang. Ada yang selesa dipandang, tetapi tidak kurang yang memeningkan.

Dalam berjogging, fikiran mula menerawang...meneropong ke dalam diri, mencari daifnya diri. Terkenang pula kepada Surah Ar-Rahman yang dibaca semalam. Surah yang berulang kali bertanya kepada manusia:

فَبِأَيِّآلَاءرَبِّكُمَاتُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan

Kemudian fikiran cuba fokus kepada penekanan itu.

Sesungguhnya amat banyak nikmat yang Allah s.w.t beri tetapi amat jarang kita hargai. Nikmat yang berjuta-juta sehingga kita tidak mampu mengiranya sekiranya mahu dihitung.

Mari kita buat sedikit senario sebagai ujikaji untuk membuktikan betapa kita lalai dalam mensyukuri nikmat Allah s.w.t yang berjuta itu.

Baik. Katalah pada suatu Subuh yang indah, Allah s.w.t tiba-tiba menarik semua nikmat yang diberi kepada anda, tetapi cuma meninggalkan satu nikmat sahaja iaitu nikmat bernyawa.

Anda tiba-tiba hilang semua kebolehan melihat, mendengar, bercakap, bergerak, bersuara. Kemudian nikmat kesihatan pula ditarik, menjadikan anda sakit tidak sembuh-sembuh.

Lalu yang anda mampu buat hanyalah terbaring kaku.

Tidak cukup dengan itu, Allah s.w.t tarik pula nikmat makan dan minum, menjadikan anda lapar dan dahaga.

Kemudian Allah s.w.t hilangkan pula nikmat kasih sayang dari sahabat dan saudara anda, menjadikan anda terbiar tanpa perhatian dan pertolongan orang-orang sekitar anda.

Kemudian Allah s.w.t tarik pula nikmat rumah yang anda duduki, menjadikan anda tiada pelindung dari cuaca panas dan hujan. Anda terbaring kaku berlantaikan tanah, berbumbungkan langit.

Apakah perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda ketika itu...agak-agaknya?

Sekiranya Allah s.w.t menarik pula nikmat oksigen, nikmat bernafas...anda tentu sudah tahu apa penamatnya.

Subhanallah....tentu kita ketika itu merasa terlalu kerdil dan tidak berdaya. Jika boleh, tentu di saat itu juga anda mohon untuk dimatikan sahaja agar tidak melalui kesengsaraan sedemikian.

Namun hakikatnya, Allah s.w.t tidak kejam. Malah kasih sayang Allah s.w.t melebihi kasih sayang seorang ibu kepada bayinya.

Allah s.w.t terus memberi nikmat-nikmat yang zahir dan tersembunyi walaupun kita selalu kufur. Allah itu Maha Agung. Dia tidak perlu pun kepada ibadah kita sebagai tiket untuk kita mendapat nikmat. Semua nikmat yang kita kecap adalah kerana sifat-NYA yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Ya Allah! Tinggi sungguh kasih sayang-MU kepada hamba-hamba-MU walaupun kami sering tidak bersyukur.

Ya Rahman! Nescaya hancurlah kami jika Engkau memandang kami dengan pandangan murka-MU. Musnahlah kami jika tiada mendapat anugerah nikmat-nikmat-MU, ya Allah.

Aku berlari di tasik ini kerana ingin menjaga nikmat kesihatan yang Engkau amanahkan ini, ya Allah. Redhailah usahaku untuk memanfaatkan nikmat umur yang Engkau titipkan.

Amiin ya Robbal Alamin...

Wednesday, May 12, 2010

Pemburu dan waktu

Pujangga sering berkata:
"jadilah pemburu dalam hidupmu"
"demi mencapai apa yang kau perlu"
"demi menggapai semua yang kau mau"

Namun ada waktu-waktu
kita akan keliru
antara yang kita perlu dan kita mau
apa bezanya antara kedua itu?
juga
antara perlukah memburu atau hanya menunggu
setelah segala kudrat telah dilaku?

Pemburu atau penunggu
kita adalah buruan waktu
yang mengejar tanpa jemu
hingga ke saat jasadmu kaku

Kau tahu
penunggu itu membuang waktu
duduk termangu lesu
umpama tugu nan dungu
menanti yang kau tidak mampu
datang bergolek ke hadapanmu

Aku ingat
ada saat pemburu juga penat
ralat, cungap dan perlu rehat
tatkala gagal mendapat yang dihajat
setelah mengguna segala kudrat
lalu pemburu terlelap
bertukar menjadi penunggu sekejap

Lalu...
menjadi pilihanmu
untuk menjadi pemburu atau penunggu
mengikut waktu-waktu
menurut bila perlu
ketika bila kau mau
kerna hidup ini adalah perjuanganmu

Sunday, May 02, 2010

PATI nan berduri


Sejujurnya penulis amat terperanjat dengan statement menteri dalam negeri dalam sebulan dua yang lalu yang mengatakan beliau terkejut dengan kebanjiran warga asing di ibukota pada hari-hari cuti umum dan hujung minggu.

Soalan pertama yang muncul di pemikiran penulis ialah: "Selama nie menteri nie duduk mana sehingga tak tahu apa yang berlaku di metropolitan ini?"

Nampak sangat la beliau amat jarang menjenguk suasana ibukota, mungkin sebab sering ke luar negara atau asyik berkubang di Putrajaya.

Namun hasil daripada teguran beliau itu, penulis dapati hujung minggu tidak lagi dikuasai kebanjiran warga asing di ibukota. Terima kasih lah atas tindakan yang serta-merta itu.

Walaupun begitu, apabila kita peka dengan berita-berita di media elektronik, kita akan naik risau dengan peningkatan mendadak jenayah berat yang dilakukan pendatang asing tanpa izin yang berjuta-juta di negara ini.

Kes pecah rumah, rompak bersenjata, pengedaran dadah sudah semakin menjadi-jadi. Itu tidak mengambil kira pula peniaga-peniaga haram warga asing yang menabur pasir ke periuk nasi peniaga-peniaga tempatan yang berlesen. Para pendatang asing ini mempunyai kelebihan yang memberi masalah kepada pihak berkuasa tempatan untuk menumpaskan mereka.

Apakah kelebihan itu? Tak lain tak bukan ialah kerana mereka adalah pendatang asing tanpa izin, yang bermakna rekod mereka tiada dalam pangkalan data negara ini.

Sekiranya mereka meninggalkan kesan cap jari pun selepas membuat jenayah rompak bersenjata, pihak berkuasa menemui kesukaran untuk mengenalpasti siapa pemilik cap jari berkenaan, lantas menyukarkan siasatan.

Kelebihan inilah yang memberi motivasi tinggi kepada PATI untuk terus beraksi.

Lalu apakah pihak berkuasa kita mampu lakukan?

Penulis ada dua saranan untuk membantu menyelesaikan kemelut ini:

1. Hentikan terus pengambilan tenaga kerja warga asing. Gunakan tenaga kerja tempatan, khususnya dari Sabah dan Sarawak.

2. Pihak berkuasa hendaklah memburu tauke-tauke yang membawa PATI masuk ke negara ini secara haram. Tauke-tauke ini mungkin melibatkan begitu ramai pihak, termasuk orang-orang yang berpengaruh yang menjadi kaya-raya hasil daripada aktiviti pemerdagangan manusia ini. Buru dan tumpaskan golongan ini.

Sudah tentu ada pembaca mempertikai pula kenapa tenaga kerja dari Sabah dan Sarawak. Sekiranya anda pergi ke Sabah, anda boleh melihat sendiri betapa mereka mampu melakukan kerja yang warga asing monopoli sekarang. Kerja ladang kelapa sawit, kerja buruh binaan, penjaga kedai, pembantu rumah...semuanya rakyat tempatan yang lakukan.

Jadi mengapa tidak dimanfaatkan tenaga mereka, yang juga adalah warganegara Malaysia? Cumanya, gaji yang setimpal dengan keringat mereka perlulah diberi. Itu lebih baik daripada kita memberi wang kepada PATI yang akhirnya meningkatkan pengaliran mata wang Ringgit ke luar negara yang dalam jangka panjangnya akan merugikan negara dari sudut KDNK.

Penulis melihat isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin ini akan menjadi penentu dalam Pilihanraya Umum dalam lima ke sepuluh tahun akan datang. Parti mana yang mampu menyelesaikan masalah ini akan mendapat sokongan rakyat yang sudah muak dengan karenah PATI.

Sepintas lalu, penulis ingin mengingatkan para pembaca tentang kebangkitan Adolf Hitler di Jerman adalah berpucuk pangkal daripada kesan kebanjiran pendatang asing Yahudi yang datang dan kemudian memonopoli perniagaan di Jerman, dan menindas warga tempatan.

Adolf Hitler bangkit menubuhkan Parti Buruh yang dianggotai rakyat tempatan tertindas. Secara pantas, parti ini mendapat sokongan padu rakyat Jerman dalam usaha mereka menentang kezaliman kaum pendatang asing Yahudi yang menguasai ekonomi Jerman.

Renung-renungkanlah...

Wallahu alam.....


Monday, April 05, 2010

Pena nan mandul


Setiap kali menamatkan perenggan karangan untuk kertas Bahasa Melayu, sama ada peringkat PMR atau SPM, ayat keramat yang sering pelajar tulis ialah:

"Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama dalam menangani isu ini.....bla bla bla.."

Tak kiralah apa tajuk karangan itu. Sebagai contoh semasa penulis menghadapi SPM, tajuk diberi ialah "Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Bincangkan..." Penamat yang sama juga penulis gunakan.

Namun setelah 12 tahun berlalu, apabila difikirkan secara kritis, sepatutnya pelajar diberi kebebasan meluahkan pandangan masing-masing di dalam membincangkan isu-isu semasa seperti yang dikehendaki dalam tugasan penulisan sedemikian.

Seharusnya minda para pelajar tidak diarus-perdanakan dengan frasa stereotaip "semua pihak mestilah bekerjasama...." sebagai penyimpul satu-satu penulisan.

Mereka perlu diberi ruang berfikir secara kritis dan bebas demi menyuburkan kreativiti mereka dalam meluahkan pemikiran segar mereka di atas kertas.

Salah atau betul pandangan mereka bukanlah kayu pengukur gred mutlak satu-satu karangan itu. Galakan perlu diberi kepada penulisan-penulisan yang 'dare to be different' kerana dalam hidup ini kestereotaipan dalam berfikir itu menjadikan dunia ini suram dari keceriaan idea-idea yang segar dan luarbiasa.

Sebagai contoh, untuk karangan tajuk "Masalah sosial di kalangan remaja. Apakah faktor-faktornya". Sudah tentu pemikiran tipikal akan menuding kepada didikan ibubapa, guru-guru dan jiran serta pengaruh persekitaran. Kemudian di perenggan akhir ditamatkan dengan "sebagai kesimpulan, pihak ibubapa, guru-guru dan agensi kerajaan perlulah bekerjasama....."

Hmm...sedangkan realitinya, ibu bapa telah menjalankan tugas sebaik mungkin. Apakah mereka masih menjadi faktor penyumbang keruntuhan moral? Realiti yang pahit juga yang perlu diterima ialah betapa semua pihak telah bekerjasama pun dalam isu ini. Hinggakan pihak polis sendiri dibebankan dengan 'kerja memantau budak ponteng sekolah'.

Jika ada pun yang stereotaip, frasa penyimpul yang paling tepat ialah "sebagai kesimpulannya, jalan penyelesaian yang terbaik ialah dengan setiap individu kembali kepada ajaran Allah swt dan Rasul-NYA". Namun jawapan sebegini jarang-jarang sekali dianjurkan untuk para pelajar gunakan sebagai penutup karangan.

Justeru, jika di peringkat sekolah pun, lebih tepat lagi ketika pelajar meluahkan fikiran dan muhasabah diri menerusi pena dan kertas, mereka di'jauhkan' dari solusi yang sebenarnya, jadi mengapa kita masih tertanya-tanya kenapa moral anak-anak kita di zaman ini begitu hancur.

Fikir-fikirkanlah.....

Wallahu alam....

Saturday, February 27, 2010

Dua jalan

"Di negara ini, terbuka dua jalan yang lebar: jalan ke Neraka dan jalan ke Syurga. Pilih mana suka"

Ungkapan itu keluar sejujurnya dari mulut ustazah yang mengajar kami sebagai ayat penutup tazkirah ringkas beliau.

Bilamana direnung kembali, sememangnya ada kebenarannya. Seandainya negara ini benar-benar berpaksikan Islam sebagai tunjang pemerintahannya, sudah tentu model yang patut dicontohi ialah model negara Islam yang dibentuk oleh Rasulullah SAW dahulu.

Ya! Orang akan kata mengapa kita tidak mampu mencontohi corak negara Islam pimpinan Rasulullah SAW itu sedangkan pada masa itu masyarakat mereka juga masyarakat majmuk dengan ada Yahudi serta Nasrani di dalamnya. Malahan ketika itu, umat Islam sedikit sahaja bilangannya berbanding bukan Islam, namun Islam berjaya juga memerintah dengan adil dan saksama.

Jawapannya agak mudah. Ini kerana pada zaman itu, walaupun umat Islam bilangannya sedikit, telah terpancar aura kekuatan. Bukan sahaja kerana ketokohan Rasulullah SAW, tetapi disebabkan bersatunya umat Islam dan betapa mereka tidak berkompromi dalam soal akidah.

Ini dapat dilihat daripada latar belakang turunnya Surah Al-Kafirun di mana ketika itu orang-orang bukan Islam berusaha mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah SAW di mana mereka menawarkan: jika Rasulullah mahu memuja Tuhan mereka, maka mereka pun akan memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam. Kemudian surah ini diturunkan untuk menjawab hal itu.

Begitu tegas pegangan umat Islam ketika itu dalam soal akidah. Lantas memancarkan kekuatan yang ampuh yang mendatangkan gerun kepada musuh sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Namun bilamana kita melihat situasi yang berlaku dalam negara ini. Agak menyedihkan. Umat Islam diasak dengan pelbagai jenis serangan, namun tindak balas kita cuma menyerap serangan.

Isu penubuhan suruhanjaya antara agama, isu penggunaan nama Allah, isu Lina Joy, dan isu penemuan kepala babi di kawasan masjid - semua itu datang untuk menguji kekuatan umat Islam. Bila mana mereka tahu umat Islam sudah lemah dan ambil sikap tak kisah, maka serangan-serangan yang lebih hebat akan dilancarkan untuk memusnahkan sama sekali umat Islam.

Umat Islam perlu bangkit menunjukkan kekuatan. Soal sebegini kita tidak boleh berkompromi sama sekali.

Sempena 12 Rabiulawal ini, mari kita pelajari kembali denai-denai perjuangan yang dilalui Nabi Junjungan kita, Rasulullah SAW yang sudah jelas terbukti berjaya menundukkan kuasa besar Romawi dan Parsi serta musuh-musuh Islam yang lainnya sambil membentuk pemerintahan yang adil di mana masyarakatnya tak mengira agama boleh hidup dalam harmoni.



"For you is your religion, and for me is my religion."

Friday, February 12, 2010

Membela toyol


Peperiksaan semester tinggal dua hari lagi. Paper yang akan menjengah ialah paper yang paling sukar kerana banyaknya istilah-istilah teknikal yang perlu diingat.

"Jangan hafal....tapi cuba fahami konsep keseluruhan!"

Itulah kata-kata azimat yang sering dicanangkan para pensyarah bilamana ada pelajar yang meminta 'hint' atau 'soalan bocor'.

Penulis pun mula terkena penyakit insomnia bermusim. Makan buku, tido buku, minum pun ingat berbuku-buku. Al-maklumlah, semester pertama di universiti. Tekad untuk score itu memang tebal sekali.

Sedang tekun menelaah, kawan sekuliah datang melawat di asrama penulis.

"Wei....jangan la kalut sangat. Bawak rilek" nasihat si teman

"Tak dapat nak rilek nie. Banyak kena cover nie. Kalau tak, nanti blur je masa exam"

"Kau tengok aku nie...tak goyang pun. Steady jer" sambil tersengih

"Wah...nie kau mesti dah study awal-awal nie. Boleh la study group dengan saya"

"Tak perlu tu semua...aku ada toyol yang boleh membantu masa exam nanti"

[Dalam hati] "Wah....orang sini pakai ilmu hitam dan benda khurafat gak yer utk lulus exam"

"Eh? Kau belajar dari tok guru mana sampai boleh dapat toyol nie?"

"Tok guru apanya. Aku bela sendiri toyol tu"



Ketika itu, penulis masih belum faham apa yang dimaksudkan dengan 'toyol'. Penulis terfikir ia merujuk kepada makhluk bersaiz kanak-kanak yang berkepala botak, bermata merah.

Kesalahfahaman penulis itu diperkuatkan lagi dengan rekod si teman yang sentiasa lulus dalam ujian bulanan.

Selesai sahaja exam tersebut, baharulah penulis faham apa itu toyol dalam bahasa pelajar universiti. Walaupun ia boleh menyebabkan pelajar yang membelanya dibuang universiti, tapi hakikatnya memang ramai yang mengamalkannya.

"Pandai makan, pandai-pandailah simpan"

"Konsep belajar itu bukannya kena lurus bendul, tetapi kepandaian untuk menggunakan segala cara untuk terus survive"

Itulah dua 'mutiara kata' yang pernah dilontarkan cikgu di sekolah menengah yang telah melalui zaman di universiti.

Sama-sama kita renungkan....

Thursday, January 07, 2010

Bila kejujuran tiada harganya

"Tolong check moto saya nie bang..apsal dia keluar minyak hitam je"

"Ooo...nie gasket nie kena ganti. Kat penutup filter tu takde la bocor."

"Yea ke? Saya ingatkan kat filter tu yang bocor."

"Tak la. Kat gasket nie minyak kuar. Kena ganti tu."

"Ok. Kalau ganti gasket tu berapa hinggit pulak?"

"Hmm...saya cas RM 80."

(dalam hati) "Pergh...mahalnya mamat nie nak sembelih aku ke apa!"

"Takpe la bang. Saya kena pegi kerja nie. Tukar la dahulu minyak hitam tu sebab alang-alang dah buka filter"

"OK. Tapi bila lak nak tukar gasket nie? Serius bocornya tu"

"Nanti-nantilah dahulu. Budget takde nie. Lagipun saya kena pergi keje sekarang nie."

"OK" Dia pun tukar minyak tu.

"Berapa nie semua bang?"

"Hmm RM 12"

Di atas adalah insiden yang berlaku di sebuah bengkel moto milik Melayu.

Jelas betapa orang Melayu kita ini pun sudah terpengaruh denga taktik peniaga bukan Islam yang menggunakan cara 'kelentong' demi melariskan perniagaan.

Kekurangan pengetahuan pihak pengguna/pelanggan tentang enjin sering dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimbulkan rasa "barang ini perlu diganti" walhal barang itu masih elok lagi untuk digunakan.

Adalah amat malang kerana peniaga Melayu yang beragama Islam juga turut mengikut taktik kotor perniagaan sebegini yang lazimnya dipelopori peniaga bukan Islam.

Tidakkah mereka tahu apa hukumnya menipu di dalam soal jual beli? Berkatkah agaknya keuntungan yang dikaut menggunakan kaedah kotor sebegitu?

Tidakkah mereka terfikir apa akan berlaku jika mereka memberi makan kepada anak isteri dengan wang daripada penipuan sedemikian?

Nauzubillah min zalik....

Kita sebenarnya telah berada di dalam zaman di mana kejujuran dalam perniagaan itu dilabel sebagai 'kebodohan', sedangkan 'penipuan' pula diangkat sebagai 'kebijaksanaan' dalam perniagaan.

Seharusnya sebagai peniaga beragama Islam kita terikat kepada norma-norma perniagaan berteraskan akidah. Kita berniaga bukan semata kerana mahu mengaut keuntungan walau apa cara sekalipun. Lebih jauh dari situ, kita berniaga demi mencari keberkatan hasil dari perniagaan kita.

Wang yang banyak sekalipun, jika tiada keberkatan tidak bermakna apa-apa. Malah lebih merugikan. Sebaliknya keuntungan yang sedikit tetapi berkat, itulah yang sebaiknya dicari.

Wallahu alam..