Monday, June 11, 2012

Misteri yang pasti

Tiada siapa di dunia ini yang mampu merancang waktu paling sesuai untuk meninggalkan dunia ini buat selamanya.

Pelbagai perancangan jangka pendek dan panjang yang terencana di dalam minda untuk dilaksanakan semata-mata untuk mengecap nikmat hidup yang sementara.

Ya...kita semua sedar dan tahu bahawa penghidupan di dunia ini cuma sementara, namun berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar faham maknawiyah 'sementara' itu? Dan berapa ramaikah yang bersedia untuk dijemput tanpa diduga? dan juga atas asbab-asbab yang tidak disangka-sangka.

Perbualan mesra yang terakam seminggu sebelumnya nyata adalah saat-saat terakhir yang terpahat sebagai memori kenangan yang bakal tersimpan selamanya. Al-Fatihah buat teman seperjuangan yang pemergiannya jelas merentap jiwa dan minda untuk tersedar dan terngadah betapa mati itu adalah benar, mati itu adalah amat dekat dan datangnya ia pada waktu-waktu yang paling tidak terduga.

Al-Fatihah buat temanku, allahyarham Kamaruddin....semoga rohmu dicucuri rahmat Ilahi.