Sunday, July 30, 2006

Hizbullah, doa kami untuk kalian...


Peristiwanya:

Sumber berita Al-Jazeera melaporkan bahawa tentera Yahudi Laknatullah telah gagal untuk merebut Bint Jbail, satu kawasan strategik di selatan Lubnan, setelah bertempur selama seminggu. Walaupun dihujani serangan bom dari udara dan serangan roket dari artileri Yahudi, namun pejuang Hizbullah kukuh bertahan malah mampu mematahkan serangan darat tentera Yahudi yang turut dilengkapi kereta kebal.

Persoalannya:

Hizbullah dengan bantuan tentera Lubnan, Iran, Syria dan Palestine telah memberikan tentangan sengit kepada tentera Yahudi sehingga mereka gagal menceroboh kawasan tersebut. Sedang pejuang Islam bertempur di sana, kita di sini hanya riuh rendah menunjuk hebat dengan membakar bendera Amerika dan Israel...dan bila dah puas jerit baru la serah memorandum bantahan.

Hmm...jika benar kita ingin membantu perjuangan Hizbullah, bukannya kita meminta Amerika campurtangan agar diwujudkan zon penampan dan gencatan senjata, sebaliknya kita menyokong penentangan Hizbullah dengan kutipan derma dan yang seumpamanya untuk disampaikan kepada para pejuang.

Tidakkah kita sebagai umat Islam kelihatan hina apabila meminta kepada negara kafir untuk menyelamatkan nyawa saudara seIslam kita di sana? Sedangkan Allah telah meletakkan darjat umat Islam di tingkat yang tertinggi.

Ketahuilah, PBB tidak akan bertindak kerana institusi itu cumalah boneka Barat untuk menekan Islam di seluruh dunia. Justeru tidak perlu kita terjerit-jerit untuk mengutuk PBB. Itu semua tidak memberi apa-apa impak pun.

Ada eloknya semua umat Islam di seluruh dunia menghantar bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan kepada umat di sana sambil mengadakan solat hajat memohon pertolongan Allah s.w.t agar memberikan kemenangan kepada Hizbullah dalam menentang kekejaman Yahudi.

Amiiiin...Ya Allah




2 comments:

Anonymous said...

Malaysia bukan nak bagi support utk Hizbullah. Takut ke Amerika ngan Israel jek sume nih. Tp, demo tetap demo beb.... Hehehe...

Anonymous said...

weeeiii baha... hal dunia ngan hal negara dah sudah... ni hal sendiri nie... bila lagi nak tulis??? cadangan saya.... ko mulakan ngan "ciri2 tunang saya"... hehehe...