Wednesday, August 23, 2006

Jurnal Musafir: Sandakan, Kota Orang Utan

Sesungguhnya saya belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Sandakan yang khabarnya mempunyai bandar yang lebih besar daripada Tawau. Justeru peluang ke sana tidak saya sia-siakan begitu sahaja.

Penerbangan dari LCC ke Sandakan memakan masa sejam 45 minit. Pendaratan pesawat di landasan lapangan terbang Sandakan disambut cuaca yang agak mendung. Sesampainya di situ, saya lantas membuat 'tawaf' ke sekeliling airport. Hmm..agak terkejut jugak. Keadaan kemudahan di sini usang seolah dalam era tahun 80-an pulak rasanya. Bayangkanlah papan informasi elektronik yang memaparkan ketibaan dan keberangkatan dalam format LCD tidak wujud. Sebaliknya yang ada ialah papan informasi yang terbina daripada plywood yang bersalut zink, manakala butiran informasinya pula sekadar ditulis pada kepingan-kepingan papan kecil. Daif!!

Tambang teksi dari airport ke pusat bandar ialah RM 19.00. Disebabkan nak jimat duit, saya jalan keluar ke jalan besar untuk menaiki bas mini ke pusat bandar. Tambangnya cumalah RM 1.30. Perjalanan ke bandar memakan masa lebih kurang 30 minit. Menaiki bas mini yang tiada air cond sambil ditemani pelancong2 asing dari Barat yang rata2 datang dari jauh semata-mata nak lihat dan peluk Orang Utan. Hmm..patutlah papan iklan paling besar dekat airport ini bermotifkan Orang Utan di Sepilok.

Sepanjang perjalanan pelancong asing semakin ramai menaiki bas yang sama. Bas mini usang pun sambil terhoyong-hayang bergerak menuju destinasi. Jaringan jalan raya yang wujud lebih kurang sama dengan yg ada di Kota Kinabalu - tidak teratur dan berselirat.

Akhirnya bas mini berhenti di penghujung jalan - sebuah stesen bas yang terletak di pinggir laut. Saya pun turun lalu meninjau keadaan di sekitar bandar itu. Bangunan-bangunan yang usang dgn cat pucat. Ringkasnya Pusat Bandar Sandakan hanya terdiri daripada 5 - 6 deret bangunan 3 - 5 tingkat yang usang - takde apa menarik. Cuma yang tidak enaknya, begitu jelas terpampang pengaruh Kristian di bandar ini berdasarkan banyaknya gereja dan yang seumpamanya.

Sementara menunggu flight ke Tawau keesokannya, saya pun memilih utk menginap di sebuah hotel murah dgn caj RM 57.00 semalam. Pada sebelah malamnya, saya merayau lagi melihat kehidupan malam di Sandakan. Rata-rata semua kedai tutup bermula pukul 9 malam. Tapi yang hidup pula ialah pub-pub dan kedai-kedai menjual minuman keras secara terbuka.

Perut terasa lapar, justeru kaki terarah ke KFC kerana tinggal itu sahaja yang masih buka. Untuk menuju ke situ, saya terpaksa melalui kaki lima yang dipenuhi manusia yang tengah syok meneguk arak berbotol hijau jenama Heikenen dan juga Carlsberg. Beberapa mata liar memandang ke arah saya...mungkin mereka perasan saya bukan orang asal situ.

Selepas selesai makan di KFC, saya pun pulang ke hotel penginapan saya. Sekali lagi saya kena melalui kaki lima tadi. Sama juga keadaannya - beberapa lelaki mabuk kerana meneguk kencing Syaitan dan mata melirik ke arah saya. Saya pulak buat rilek je lalu situ, buat2 tak nampak mereka tgh minum tu.

Bila di pertengahan laluan itu, tiba-tiba seorang perempuan berskirt mini hitam menghampiri saya dan seolah cuba mem'blok' laluan saya. Saya tergamam seketika. Mata dia tepat memandang saya face to face. Perlahan-lahan saya mengelak dia, dan buat tidak nampak. Dia pun memberi laluan.

Sesampai di bilik, saya berfikir balik apa maksud perempuan tadi. Namun otak menafsirkan pulak bahawa tempat yang saya lalui tadi bukan setakat tempat meneguk arak tapi juga salah satu pusat persundalan. Damn!!!

Keesokan paginya, saya check out dan terus ke airport utk ke Tawau. Tambang dari Sandakan ke Tawau ialah RM 75.00 dgn syarikat penerbangan domestik terbaru, FAX. Selamat Tinggal Sandakan, Kota Orang Utan





3 comments:

Anonymous said...

Lama xupdate... mana hilang?? nie dah ade kat shah alam ke... jgn xturun plak sabtu nie bro...

Darth Windu said...

Dah ada kat Shah Alam pun. Insya Allah klu takde kayu balak melintang, sy akan turun menepung tawar pengantin :)

Darth Windu said...

Damn itu ditujukan kpd pihak berkuasa tempatan yg gagal membendung kebejatan sosial yg wujud dgn bermaharajalela di bandar. Hahaha! Saya tidak berfikiran sebagaimana encik Shafie fikirkan...maaf la :)