Terpanggil saya untuk berkomentar berkenaan berita sedih yang terbaru berkenaan gadis bernama Sufiah, yang suatu ketika dahulu gah dek kerana kepintaran luar biasanya dalam bidang ilmu hisab. Sila baca di sini.
Jika diimbau kembali, sekitar tahun 2000 dahulu, dek kerana kemahsyuran Sufiah, maka Kerajaan Malaysia beriya-iya untuk menawarkan dia biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Oxford ketika itu. Semua kerana bangga ada anak Melayu yang pintarnya begitu istimewa (walau hakikatnya dia bukan warganegara Malaysia pun!).
Namun bukan itu yang saya fokuskan di sini. Dengan berita terbaru dari England itu, terbetik di minda saya untuk membidas sikap ibu bapa dan juga tempiasnya kepada Kementerian Pelajaran serta sekutunya sekali, termasuk institusi pendidikan negara itu sendiri.

Sudah menjadi seperti suatu wabak di dalam masyarakat kita di Malaysia hari ini, kita berlumba-lumba untuk memastikan anak-anak kita meraih kecemerlangan dalam akademik waima dari tabika hinggalah ke menara gading. Setiap kali keputusan peperiksaan utama diumumkan, media kita pula seolah memperbandingkan pencapaian peringkat individu, peringkat sekolah malahan peringkat negeri sekalipun.
Pendek kata, mana-mana pelajar atau sekolah yang berjaya memecahkan rekod tahun lepas, akan diketengahkan sehabis mungkin di dalam paparan akhbar dan juga liputan berita televisyen, seolah-olah kejayaan akademik itulah segalanya dalam hidup ini.
Sama ada sedar atau tidak, wabak ini sebenarnya kurang sihat. Apa tidaknya, ia akan mewujudkan generasi muda yang cuba sedaya mungkin untuk 'memecahkan rekod' kecemerlangan akademik lepas. Jika dahulu pencapaian 17A1 dalam SPM adalah yang terbaik. Kini sudah ada pula 20A1!!!
Apa gunanya kita menggalakkan pelajar kita mengambil begitu banyak subjek?? Sama ada sedar atau tidak, kita telah memberi contoh yang tidak baik kepada calon-calon SPM yang akan datang kerana barang sudah pasti mereka akan cuba pula mencipta rekod lebih tinggi lagi.
Sepatutnya Kementerian Pelajaran menghentikan 'wabak' ini. Para pelajar sepatutnya diberi panduan dalam mencari halatuju masa depan mereka dengan menggalakkan mereka hanya mengambil subjek yang berkaitan dengan sasaran kerjaya masa hadapan mereka. Penumpuan segala sumber kepada halatuju yang jelas adalah lebih baik daripada mengambil begitu banyak subjek tetapi selepas itu tidak mempunyai halatuju dalam hidup.
Sewajibnya Kementerian lebih memberatkan penekanan dalam penerapan ilmu kerohanian kepada para pelajar agar mereka kelak mempunyai asas yang teguh dalam meniti dunia dewasa selepas dunia persekolahan.
Ibu bapa pula sepatutnya sedar bahawa memberi tekanan kepada anak-anak untuk mencapai kemegahan akademik hanya akan merosakkan mereka. Sebaik-baiknya anak-anak diberi ruang untuk menikmati zaman remajanya selagi tidak terpesong. Terimalah kekurangan dan syukurilah kelebihan yang ada. Tiada gunanya memaksa anak-anak belajar bersungguh-sungguh sehingga zaman riang mereka berlalu begitu sahaja. Hiaskanlah jiwa anak-anak kita dengan nur agama kerana sesungguhnya itu akan menjamin keseimbangan mental mereka selain menjadi bekal dan pedoman di kala diuji ombak kehidupan.

2 comments:
"terbetik di minda?" biar betik... ;p
mmg "there's a few moment that define who you are" kan...uhuk.
hope she can find the way 'home'...
dan kepada ibu sufiah,semoga jgn putus asa erk membesarkan anaknya jadi "orang".Supports is all they need right now..
Pernah dengar, gred diturunkan supaya menepati jangkaan bilangan yang dapat A.Wallahua'lam.Hmm pendidikan sebenarnye bukan pada sistem peperiksaan semata-mata.
Dan kalau nak bawa kereta fomula 1, sesuai di litar lumba bukan di jalan raya biasa....(siapa tengok media main stream, faham kot ayat ni).
tuhlah, salah siapa?
budaya masyarakat kita yang mengajar cam tu, definisi kecemerlangan adalah jumlah A yang mereka dapat.
bukan salah mereka.
salah kita semua.
banyakkan sedekah al-fatihah pada mereka ni.insha allah
Post a Comment