Setiap kali menamatkan perenggan karangan untuk kertas Bahasa Melayu, sama ada peringkat PMR atau SPM, ayat keramat yang sering pelajar tulis ialah:
"Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama dalam menangani isu ini.....bla bla bla.."
Tak kiralah apa tajuk karangan itu. Sebagai contoh semasa penulis menghadapi SPM, tajuk diberi ialah "Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Bincangkan..." Penamat yang sama juga penulis gunakan.
Namun setelah 12 tahun berlalu, apabila difikirkan secara kritis, sepatutnya pelajar diberi kebebasan meluahkan pandangan masing-masing di dalam membincangkan isu-isu semasa seperti yang dikehendaki dalam tugasan penulisan sedemikian.
Seharusnya minda para pelajar tidak diarus-perdanakan dengan frasa stereotaip "semua pihak mestilah bekerjasama...." sebagai penyimpul satu-satu penulisan.
Mereka perlu diberi ruang berfikir secara kritis dan bebas demi menyuburkan kreativiti mereka dalam meluahkan pemikiran segar mereka di atas kertas.
Salah atau betul pandangan mereka bukanlah kayu pengukur gred mutlak satu-satu karangan itu. Galakan perlu diberi kepada penulisan-penulisan yang 'dare to be different' kerana dalam hidup ini kestereotaipan dalam berfikir itu menjadikan dunia ini suram dari keceriaan idea-idea yang segar dan luarbiasa.
Sebagai contoh, untuk karangan tajuk "Masalah sosial di kalangan remaja. Apakah faktor-faktornya". Sudah tentu pemikiran tipikal akan menuding kepada didikan ibubapa, guru-guru dan jiran serta pengaruh persekitaran. Kemudian di perenggan akhir ditamatkan dengan "sebagai kesimpulan, pihak ibubapa, guru-guru dan agensi kerajaan perlulah bekerjasama....."
Hmm...sedangkan realitinya, ibu bapa telah menjalankan tugas sebaik mungkin. Apakah mereka masih menjadi faktor penyumbang keruntuhan moral? Realiti yang pahit juga yang perlu diterima ialah betapa semua pihak telah bekerjasama pun dalam isu ini. Hinggakan pihak polis sendiri dibebankan dengan 'kerja memantau budak ponteng sekolah'.
Jika ada pun yang stereotaip, frasa penyimpul yang paling tepat ialah "sebagai kesimpulannya, jalan penyelesaian yang terbaik ialah dengan setiap individu kembali kepada ajaran Allah swt dan Rasul-NYA". Namun jawapan sebegini jarang-jarang sekali dianjurkan untuk para pelajar gunakan sebagai penutup karangan.
Justeru, jika di peringkat sekolah pun, lebih tepat lagi ketika pelajar meluahkan fikiran dan muhasabah diri menerusi pena dan kertas, mereka di'jauhkan' dari solusi yang sebenarnya, jadi mengapa kita masih tertanya-tanya kenapa moral anak-anak kita di zaman ini begitu hancur.
Fikir-fikirkanlah.....
Wallahu alam....

No comments:
Post a Comment