- Apakah erti kemerdekaan bagi diri anda?
- Sebagai rakyat, bagaimanakah anda mengisi kemerdekaan ini?
- Apakah sumbangan anda sepanjang 49 tahun Malaysia merdeka?
Sepatutnya soalan-soalan sebegini tidak perlu diajukan kepada rakyat bawahan biasa seperti kita. Sudah tentu jawapan yang kita berikan adalah stereotaip:
- Sebagai pelajar, kami menumpukan perhatian penuh dalam menuntut ilmu
- Sebagai pensyarah, kami didik anak bangsa dgn ilmu yang bermanfaat
- Sebagai nelayan, kami bekalkan sumber laut untuk rakyat jelata
- Sebagai polis, kami berkhidmat penuh dedikasi demi keamanan negara
Persoalannya:
Sepatutnya soalan-soalan picisan itu diajukan kepada pucuk pimpinan negara, ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan juga pucuk pimpinan UMNO. Kenapa?? Sebab golongan inilah yang membuat perancangan dan perlaksanaan dalam menentukan hala tuju negara yang merdeka ini. Mereka inilah yang memikul tanggungjawab besar mengisi kemerdekaan negara.
Seandainya diajukan soalan-soalan sedemikian, pasti ada di kalangan mereka yang terkantat-kantat untuk menjawab kerana ada tindakan mereka yang telah menjadikan negara ini seolah terjajah semula - terjajah oleh penyelewengan, rasuah, ketidakadilan dan masalah sosial yang ditaja dengan bangganya oleh mereka.
Justeru, seandainya saya diajukan soalan-soalan picisan tadi oleh mana-mana wartawan media cetak atau elektronik, jawapan saya ialah:
"Saya rasa awak patut tanyakan soalan itu kepada pucuk pimpinan negara. Bagi diorang tu pulak berfikir secara serius untuk negara agar nanti takde la masa di Dewan Rakyat dihabiskan dengan berbahas benda-benda picisan seperti perkahwinan Datuk K dan Siti tu..."