Sunday, July 30, 2006

Hizbullah, doa kami untuk kalian...


Peristiwanya:

Sumber berita Al-Jazeera melaporkan bahawa tentera Yahudi Laknatullah telah gagal untuk merebut Bint Jbail, satu kawasan strategik di selatan Lubnan, setelah bertempur selama seminggu. Walaupun dihujani serangan bom dari udara dan serangan roket dari artileri Yahudi, namun pejuang Hizbullah kukuh bertahan malah mampu mematahkan serangan darat tentera Yahudi yang turut dilengkapi kereta kebal.

Persoalannya:

Hizbullah dengan bantuan tentera Lubnan, Iran, Syria dan Palestine telah memberikan tentangan sengit kepada tentera Yahudi sehingga mereka gagal menceroboh kawasan tersebut. Sedang pejuang Islam bertempur di sana, kita di sini hanya riuh rendah menunjuk hebat dengan membakar bendera Amerika dan Israel...dan bila dah puas jerit baru la serah memorandum bantahan.

Hmm...jika benar kita ingin membantu perjuangan Hizbullah, bukannya kita meminta Amerika campurtangan agar diwujudkan zon penampan dan gencatan senjata, sebaliknya kita menyokong penentangan Hizbullah dengan kutipan derma dan yang seumpamanya untuk disampaikan kepada para pejuang.

Tidakkah kita sebagai umat Islam kelihatan hina apabila meminta kepada negara kafir untuk menyelamatkan nyawa saudara seIslam kita di sana? Sedangkan Allah telah meletakkan darjat umat Islam di tingkat yang tertinggi.

Ketahuilah, PBB tidak akan bertindak kerana institusi itu cumalah boneka Barat untuk menekan Islam di seluruh dunia. Justeru tidak perlu kita terjerit-jerit untuk mengutuk PBB. Itu semua tidak memberi apa-apa impak pun.

Ada eloknya semua umat Islam di seluruh dunia menghantar bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan kepada umat di sana sambil mengadakan solat hajat memohon pertolongan Allah s.w.t agar memberikan kemenangan kepada Hizbullah dalam menentang kekejaman Yahudi.

Amiiiin...Ya Allah




Saturday, July 29, 2006

Bila dah politik, politik gak



Peristiwanya:

Sewaktu hendak menuju ke kereta untuk ke hotel penginapan Tun sempena lawatan sehari beliau ke Kelantan, beliau telah tersembur (disembur?) dengan ‘cannister’ oleh seorang lelaki misteri. Tun terasa betapa pedihnya semburan pemedih mata itu buat pertama kalinya dalam hidup beliau [Berita Harian].




Persoalannya:

Siapakah yang menyembur benda tu ke arah Tun? Sama ada sengaja atau tidak, kenapa boleh ada benda seperti itu dalam kekalutan itu? Sudah tentu banyak spekulasi liar timbul kesan daripada peristiwa ini. Sudah tentu ada pihak yang akan menuding jari kepada pihak tertentu sebagai yang bertanggungjawab.

Kelantangan Tun mengkritik kerajaan Pak Lah sudah tentu dijadikan isu yang gamaknya membawa kepada insiden itu. Malah wartawan bebas tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh orang-orang penyokong Pak Lah yang kurang senang dengan kepedasan kritikan Tun.

Permainan politik akan terus berlaku. Siapa yang bertanggungjawab akan diketahui kelak...atau akan senyap aje.

Kepada Tun, sudah pasti ia seperti amaran awal agar Tun tidak mengkritik lagi. Namun, siapa yang tidak kenal pada prinsip Tun, "when you become a politician, always be a politician even you told people around you that you have retired"

Pedihnya 'cannister' itu tentu mengajar Tun bagaimana rakyat yg merasa kekejaman pihak berkuasa semasa meleraikan demonstrasi jalanan sewaktu Reformasi Anwar dahulu.

Saturday, July 22, 2006

Kera di hutan disusukan...


Peristiwanya:

Kejadian tsunami di Pangandaran telah menelan beratus-ratus mangsa - maut, cedera mahupun yg hilang. Dan bersempena dgn itu, melimpahlah bantuan asing masuk ke daerah itu. Salah satu negara yg "prihatin" dan rajin menghantar bantuan kemanusiaan ke luar negara ialah bumi yg bertuah ini, Malaysia - menerusi MERCY mahupun AMAN Malaysia. Sememangnya sifat semurni begini amat dialu-alukan.

Apapun, yg menarik perhatian saya ialah kes Elis [Utusan Malaysia], seorang kanak-kanak yg cedera akibat tsunami itu. Dgn niat yg "ikhlas", golongan yg "prihatin" dgn sukarela membawa kanak-kanak malang ini ke Malaysia utk diberikan rawatan bg memulihkan kecederaan pd wajahnya itu.


Persoalannya:

Hmm..entah apa silap di Malaysia nie. Masih terngiang-ngiang di telinga kita peristiwa yg menimpa beberapa kanak-kanak malang Malaysia yg gagal mendapat pembiayaan dari pihak swasta apatah lagi daripada dana Kementerian Kesihatan yg gah dgn "red-tape"nya. Akhir sekali kanak-kanak ini menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibu bapa mereka yg tidak pernah berputus asa mengemis ihsan orang ramai dan kerajaan.

Ironisnya, rancangan Bersamamu di TV3 juga mendedahkan betapa ramainya orang-orang yg kurang bernasib baik di negara ini yg amat memerlukan bantuan. Namun disebabkan mereka ini terpencil maka mereka layaknya cuma mampu diberikan bantuan berupa derma dari sistem pesanan ringkas; tabung2, tabung5 dan tabung10. Begitu daifnya corak bantuan yg layak diberikan kpd warganegara sendiri.

Banyak lagi kes menyayat hati di negara sendiri namun tidak terbela. Sebaliknya warga negara lain yg mendapat perhatian...Mana dia pembelaan yg Pak Lah janjikan utk rakyat bawahan seperti ini????????

Israel, Israel, Israel


Peristiwanya:

Serangan tentera Israel ke Palestine dan Lubnan dgn alasan menghapuskan ancaman Hizbullah ke atas pendudukan haram Israel di bumi Palestine mencipta pelbagai reaksi warga dunia.

Di Malaysia, UMNO di bawah mastermind Khairy Jamaluddin [Utusan Malaysia] menganjurkan rapat umum mendesak Israel dan seKUTU rapatnya, Amerika agar menghentikan serangan yang bersifat tiada perikemanusiaan itu.

Persoalannya:

Hmm..sampai bila "pemimpin-pemimpin" kita nie nak belajar drp sejarah? Tidakkah mereka tahu bahawa Israel TIDAK PERNAH menghiraukan apa jua bantahan warga dunia atas segala kekejaman mereka. Apakah UMNO masih tidak tahu tentang itu atau sekadar mahu wajah-wajah ahli mereka terpampang di dada akhbar arus perdana?

Jika benar Pemuda UMNO simpati dgn nasib kerajaan Palestine yg baru itu, masih ada byk wadah lain yg boleh digunapakai utk mendesak Israel menghentikan serangan. Namun yg jelas, mengadakan rapat umum dan menjerit-jerit slogan anti-Israel tidak ada dalam senarai pun!

Nabi Junjungan kita juga sudah menjelaskan bahawa Yahudi sememangnya TIDAK BOLEH diajak berunding, kerana mereka tetap mungkir janji. Justeru, kaedah paling mujarab ialah dgn mengganyang negara tidak sah itu.

Mengapa tidak? Perdana Menteri kita sebagai Pengerusi OIC sepatutnya mengadakan mesyuarat luar biasa utk membentuk pakatan utk menekan Israel menamatkan serangan mereka. Opsyen ketenteraan adalah amat disarankan. Israel dikelilingi negara-negara Arab...mengapa tidak dilancarkan serangan bersepadu ke negara tidak bermoral itu!!

Seperti kata Winston Churchill "there's time for diplomacy and there's time for war". Israel tidak perlu diajak ke arah gencatan senjata sebab mereka pasti akan melanggarnya jua. Ayuh Pak Lah...sbg pengerusi anda boleh lakukan sesuatu yg lebih berkesan selain dari membiarkan menantu anda terus "take over the limelight"...