Saturday, July 22, 2006

Kera di hutan disusukan...


Peristiwanya:

Kejadian tsunami di Pangandaran telah menelan beratus-ratus mangsa - maut, cedera mahupun yg hilang. Dan bersempena dgn itu, melimpahlah bantuan asing masuk ke daerah itu. Salah satu negara yg "prihatin" dan rajin menghantar bantuan kemanusiaan ke luar negara ialah bumi yg bertuah ini, Malaysia - menerusi MERCY mahupun AMAN Malaysia. Sememangnya sifat semurni begini amat dialu-alukan.

Apapun, yg menarik perhatian saya ialah kes Elis [Utusan Malaysia], seorang kanak-kanak yg cedera akibat tsunami itu. Dgn niat yg "ikhlas", golongan yg "prihatin" dgn sukarela membawa kanak-kanak malang ini ke Malaysia utk diberikan rawatan bg memulihkan kecederaan pd wajahnya itu.


Persoalannya:

Hmm..entah apa silap di Malaysia nie. Masih terngiang-ngiang di telinga kita peristiwa yg menimpa beberapa kanak-kanak malang Malaysia yg gagal mendapat pembiayaan dari pihak swasta apatah lagi daripada dana Kementerian Kesihatan yg gah dgn "red-tape"nya. Akhir sekali kanak-kanak ini menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibu bapa mereka yg tidak pernah berputus asa mengemis ihsan orang ramai dan kerajaan.

Ironisnya, rancangan Bersamamu di TV3 juga mendedahkan betapa ramainya orang-orang yg kurang bernasib baik di negara ini yg amat memerlukan bantuan. Namun disebabkan mereka ini terpencil maka mereka layaknya cuma mampu diberikan bantuan berupa derma dari sistem pesanan ringkas; tabung2, tabung5 dan tabung10. Begitu daifnya corak bantuan yg layak diberikan kpd warganegara sendiri.

Banyak lagi kes menyayat hati di negara sendiri namun tidak terbela. Sebaliknya warga negara lain yg mendapat perhatian...Mana dia pembelaan yg Pak Lah janjikan utk rakyat bawahan seperti ini????????

No comments: