Thursday, August 31, 2006

Soalan picisan sempena bulan merdeka

Lazimnya:


Menjelang tarikh keramat 31 Ogos, soalan-soalan default yang berikut sering diajukan kepada rakyat jelata:

  • Apakah erti kemerdekaan bagi diri anda?
  • Sebagai rakyat, bagaimanakah anda mengisi kemerdekaan ini?
  • Apakah sumbangan anda sepanjang 49 tahun Malaysia merdeka?

Sepatutnya soalan-soalan sebegini tidak perlu diajukan kepada rakyat bawahan biasa seperti kita. Sudah tentu jawapan yang kita berikan adalah stereotaip:

  • Sebagai pelajar, kami menumpukan perhatian penuh dalam menuntut ilmu
  • Sebagai pensyarah, kami didik anak bangsa dgn ilmu yang bermanfaat
  • Sebagai nelayan, kami bekalkan sumber laut untuk rakyat jelata
  • Sebagai polis, kami berkhidmat penuh dedikasi demi keamanan negara


Persoalannya:

Begitulah jawapan mereka. Tak kira berapa tahun negara merdeka, jawapan mereka tetap sama kerana memang itulah yang mereka lakukan dari zaman sebelum merdeka sehingga sekarang dan juga di masa hadapan kelak. Tidak akan berubah. Jadi kenapa perlu ditanyakan soalan-soalan picisan seperti itu kepada rakyat jelata???

Sepatutnya soalan-soalan picisan itu diajukan kepada pucuk pimpinan negara, ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan juga pucuk pimpinan UMNO. Kenapa?? Sebab golongan inilah yang membuat perancangan dan perlaksanaan dalam menentukan hala tuju negara yang merdeka ini. Mereka inilah yang memikul tanggungjawab besar mengisi kemerdekaan negara.

Seandainya diajukan soalan-soalan sedemikian, pasti ada di kalangan mereka yang terkantat-kantat untuk menjawab kerana ada tindakan mereka yang telah menjadikan negara ini seolah terjajah semula - terjajah oleh penyelewengan, rasuah, ketidakadilan dan masalah sosial yang ditaja dengan bangganya oleh mereka.

Justeru, seandainya saya diajukan soalan-soalan picisan tadi oleh mana-mana wartawan media cetak atau elektronik, jawapan saya ialah:

"Saya rasa awak patut tanyakan soalan itu kepada pucuk pimpinan negara. Bagi diorang tu pulak berfikir secara serius untuk negara agar nanti takde la masa di Dewan Rakyat dihabiskan dengan berbahas benda-benda picisan seperti perkahwinan Datuk K dan Siti tu..."

3 comments:

Anonymous said...

saya setuju.

bende bende picisan yang tidak menguntungkan masyarakat dan membawa kebaikan kepada negara, tak perlu dimesyuarah sebegitu rupa.

belanjawan esok, lagi perlu anda fikirkan di Dewan Rakyat

Anonymous said...

Yea...saya juga setuju. Hidup baharrahman...walau siapa pun awak nie...mmg briliant!!

Anonymous said...

yeeaahhh.. baha dah jadi Ahli Parlimen PAS Kalabakan... Hehehe.. ke ko nak ganti Kinabatangan...?? :p