Thursday, December 30, 2010

Ketenangan vs kefanatikan

Kejayaan skuad bola sepak muda negara merangkul Piala AFF Suzuki 2010 semalam di Stadium Gelora Bung Karno telah menitipkan semangat baru di kalangan rakyat Malaysia.



Apa yang penulis ingin gariskan di sini ialah betapa kejuaraan ini begitu manis lantaran rantaian elemen yang berikut:

  1. Pada peringkat kumpulan dahulu, Malaysia diaibkan dengan gawang negara dibolosi 5 kali di stadium keramat skuad Garuda itu
  2. Kemudian, skuad Harimau Malaya terpaksa mengharap belas skuad Garuda untuk menumbangkan Thailand di peringkat kumpulan. Dan ternyata, itu berlaku. Hasilnya Malaysia mengiringi Indonesia ke pusingan semi final
  3. Dalam perlawanan final pertama di Bukit Jalil, pasukan Merah Putih dijinakkan dengan dibolosi 3 gol tanpa balas. Namun skuad Garuda mendakwa kekalahan itu disebabkan gangguan sinaran laser oleh penyokong Malaysia. Mereka anggap kemenangan itu adalah secara culas
  4. Akhbar-akhbar Indonesia terus memainkan sentimen dengan mendakwa Malaysia menang dengan tipu daya dan muslihat kotor (sinaran laser)
  5. Di Indonesia pula menjelang perlawanan final kedua, penyokong fanatik skuad Garuda mengganggu persiapan skuad Harimau Malaya dengan membuat piket di hadapan hotel penginapan pemain, malah menghina jurulatih skuad kebangsaan dengan gelaran "Raja Gombal" yang bermakna raja kain buruk
  6. Semasa perlawanan final kedua, skuad negara digempur dengan serangan bertali arus pasukan tuan rumah, namun tamat separuh masa pertama, tiada gol terhasil.
  7. Sebaliknya pada separuh masa kedua, skuad negara pula yang berjaya merobek gawang Garuda melalui serangan balas pantas yang disudahi oleh Safee Sali
  8. Gol itu membuat penyokong Merah Putih bungkam. Namun skuad Garuda terus menekan pasukan negara sehingga berjaya juga menggegar gawang Malaysia dua kali. Namun itu masih tidak mencukupi untuk menjuarai piala
  9. Pada tiupan wisel terakhir, Malaysia akhirnya sah menjuarai piala dengan agregat 4 -2.
  10. Lebih manis lagi, kejuaraan ditabalkan di stadium pihak lawan yang sebelum ini mengaibkan skuad negara. Malah penyerang negara, Safee Sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kempen.
  11. Jangan dilupa juga, Malaysia menjuarai piala ini tanpa menggunakan khidmat pemain import yang diberikan taraf kerakyatan mahupun khidmat jurulatih warganegara asing

Selepas kemenangan ini, tiada lagi tuduhan-tuduhan liar daripada pihak akhbar Indonesia yang sebelum ini mendakwa kemenangan Malaysia adalah secara tipu. Gol di tempat lawan oleh Safee Sali membuktikan bahawa Malaysia memang ampuh.

Mereka akhirnya mengakui bahawa mereka sudah kalah walaupun telah melancarkan perang psikologi yang kotor dan tidak beretika sepanjang masa menjelang perlawanan final kedua itu.

Syabas anak-anak muda negara. Tahniah kepada K. Rajagopal!!

No comments: