Sunday, March 08, 2009

Antara identiti dan lupa diri

Semalam (7 Mac 2009) telah melengkapkan bulatan suatu rentetan gerakan Mansuhkan PPSMI iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Perarakan yang disertai puluhan ribu rakyat bermula pada waktu selepas Zohor pada awalnya aman.

Namun apabila perarakan bergerak menuju Istana Negara utk menyampaikan memorandum bantahan, maka pihak polis terpaksa bertindak menghalangnya. Gas pemedih mata dan tembakan meriam air digunakan utk menyuraikan perarakan tersebut. Pada masa yg sama, jalan raya menuju ke dalam ibu kota sesak teruk kerana sekatan demi sekatan yang dibuat pihak polis.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merasa sedih kerana isu sebegini turut dimomokkan di kalangan rakyat marhaen. Pada hemat saya, PPMSI tidak sepatutnya dibantah malah sepatutnya didukung perlaksanaannya. Mengapa???

Ada banyak faktor yang menyokong PPMSI. Pertama sekali ialah kerana ia telah dilaksanakan dan belum pun mencecah usia 10 tahun pun utk dilihat hasilnya. Kenapa kita tak bolehh tunggu dahulu? Mengapa mesti sekarang baru ingin menentang PPMSI? Mengapa tidak ditentang sewaktu Tun Mahathir mencadangkannya dahulu?

Kedua, PPMSI bukanlah suatu yg buruk. Bukanlah suatu dasar yg akan memusnahkan sama sekali kedaulatan bahasa kebangsaan. Ia cuma menukar penyampaian pengajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Inggeris agar kelak memudahkan generasi muda kita apabila melanjutkan pelajaran kelak. Kita mesti terima hakikat bahawa sumber rujukan dalam sains dan matematik di peringkat tertier adalah dalam bahasa Inggeris. Justeru apa salahnya mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris dalam kedua subjek tersebut?

Ketiga, cuba kita tanya kepada pak cik mak cik kita yang telah mengambil MCE dahulu. MCE itu adalah SPM zaman sebelum SPM diperkenalkan. MCE menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Bandingkan kepetahan pak cik mak cik kita itu dgn lepasan SPM sekarang ini. Di situ kita akan dapat lihat bezanya. Kita perlu akui bahawa kemahiran berbahasa Inggeris adalah suatu kelebihan di dalam pasaran pekerjaan sekarang dan juga masa hadapan.

Keempat, sewaktu saya menyemak kertas jawapan adik saya yang baru menduduki ujian percubaan SPM, saya kagum dengan olahan bahasa Inggerisnya dalam menjawab soalan kertas Fizik. Jika pada zaman saya, saya belum mencapai tahap sedemikian. Perlaksanaan PPMSI telah membentuk kemahiran ini dalam minda adik saya. Dan saya bangga.

Kelima, jika kita tidak laksanakan dasar ini, maka yg rugi kelak adalah bangsa Melayu sendiri kerana rakan-rakan bangsa lain mempraktikkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam perbualan harian mereka sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Tanyalah Ah Chong...tanyalah Muthusamy...semuanya pasti menggangguk setuju. Ini kerana ia adalah utk masa depan anak-anak juga. Justeru mengapa pula kita, bangsa Melayu yg dah memang tertinggal jauh dalam pelbagai bidang begitu teruja dan terkinja-kinja menentang PPMSI?

Keenam, saya ingin bertanya kepada para pejuang yg menentang PPMSI ini. Mana yang anda pilih.....mansuhkan PPMSI dan kemudian berharap bahasa Melayu akan berkembang menjadi bahasa ilmu yg dinamik seiring dgn perkembangan ilmu semasa yang setanding dgn bahasa Inggeris dan bahasa Jepun (itu pun jika berlaku demikian) atau menerima bahasa Inggeris sebagai medium penyerapan ilmu utk memudahkan anak cucu kita belajar dan memahami pelajaran dan sumber rujukan dari dunia luar?? Anda tentu boleh melihat signifikannya.

Wallahu alam...







No comments: