Sunday, March 01, 2009

Antara Hikmah dan Dakyah

Kemelut terbaru berkenaan tuntutan Gereja Katholik terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly telah memasuki fasa yang amat menggusarkan kita sebagai umat Islam di negara ini.

Keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam dengan jelas menyatakan bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi : “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.

Setelah menyedari implikasi buruk pewartaan tersebut, Menteri Dalam Negeri segera mengakui kesilapan dan berjanji akan membatalkan pewartaan tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------

Sejujurnya saya kurang faham kenapa kita gagal melihat maksud di sebalik tuntutan Gereja Katolik itu pada awal rentetan ini. Apakah kita begitu leka sehingga tidak dapat menghidu taktik halus mereka?

Tuntutan sebegitu memang ada maksud tersirat. Ia bukan sekadar penggunaan istilah, tapi lebih merbahaya lagi ialah hasrat jahat mereka utk menarik lebih ramai orang Melayu menganut agama mereka.

Terdapat khilaf di kalangan ulama Malaysia berkait kemelut ini. Bekas mufti Perlis berpendapat bahawa adalah tidak memberi kesan samada puak Kristian ini menggunakan istilah 'Allah' atau tidak. Bagi beliau, itu cumalah penggunaan istilah. Jika dibenarkan, bermakna puak Kristian telah secara tidak langsung mengiktiraf penggunaan 'Allah' di dalam al-Quran ul Karim utk dicedok ke dalam Injil terjemahan bahasa Melayu versi mereka.

Namun berbeza pula dgn pandangan Mufti Perak yang membantah sekeras-kerasnya penggunaan istilah 'Allah' bagi menggantikan istilah 'God' di dalam Injil terjemahan bahasa Malaysia. Bagi beliau, penggunaan 'Allah' di dalam Injil itu kelak akan lebih mengelirukan orang-orang yang ingin mencari kebenaran dalam beragama. Tambahan lagi, 'Allah' itu merujuk kepada Yang Maha Esa, bukannya Yang 3 Dalam 1, seperti yg wujud dalam doktrin Kristianiti.

Apapun hujjahnya, kedua-dua pendapat di atas ada kebenarannya. Namun saya bukanlah berada di posisi utk menuding siapa yg lebih mantap hujjahnya dan siapa yg lemah kerana ilmu saya tidak setinggi ulama-ulama yg dimuliakan ini.

Cuma saya agak terkilan kerana persoalan sebegini besar tidak dibawa ke dalam perbincangan mendalam di kalangan ulama negara dengan memikirkan secara terperinci akan impaknya dalam masyarakat kita pada hari ini. Yang jelas kini, puak Kristian begitu ghairah 'menyerang' kita dari segala sudut. Dan kelihatannya mereka sudah hampir ke matlamat jahat mereka.

Subhanallah...mohon agar Allah memberi kita petunjuk dalam menghadapi muslihat durjana mereka....

No comments: