Friday, February 27, 2009

Antara 5 kupang dan lori ikang

Sewaktu melangkah masuk ke Tingkatan 1...ia adalah dunia baru. Walau sekolah menengah itu adalah sekolah kampung....dikepungi kebun koko, namun saya banyak kenangan manis tercipta di sekolah itu.

Kisah lari dari perhimpunan tengah hari (sebab sessi petang), toksah cerita la. Saya memang antara mastermind utama. Lari bersembunyi di ladang koko sambil 'main kejar-kejar' dengan team pengawas itu lumrah. Buat apa nak berhimpun tengah-tengah panas terik tu? Lebih baik bersantai kat dalam ladang koko....menikmati kehijauan alam semula jadi sambil menggasak buah koko yang ranum dan lazat :). Tapi bukanlah selalu buat begitu.....

Setiap hari wang dalam kocek saya ialah RM 1.50 sahaja. Tambang bas ke sekolah 50 sen. Pulang balik dah seringgit. Lima kupang lagi utk makan dan minum. Tatkala kawan-kawan lain sudah biasa pegang wang kertas merah RM 10 atau RM 50, saya jarang sekali punya wang sebesar itu...melainkan ada yuran yang perlu dibayar.

Walau demikian, saya ada jugak sesekali simpan wang 5 kupang tu dalam tabung bentuk bangunan Tabung Haji saya. Pernah lah gak sampai penuh. Bila dah penuh tu, barulah dibawa ke bank utk dimasukkan dalam akaun. Wang lebat masuk masa bulan puasa...ye la....bersahur dan berbuka tu confirm la kat rumah. Selamat la 5 kupang tu setiap hari dalam bulan Ramadhan.

Pun demikian, pernah jugak saya kehabisan wang utk tambang balik. Masa tu ada acara rentas desa. 5 kupang dah disebat oleh konduktor bas masa datang ke sekolah, 5 kupang lagi dah selamat menjadi mee goreng masa waktu rehat, dan 5 kupang yang akhir pula bertukar menjadi air oren penghilang dahaga sebab berlari bak juara masa rentas desa itu. Memang dahaga tak terkata....

Punyalah saya bersemangat kesukanan masa tu. Ada 6 checkpoint semuanya, setiap checkpoint diberi kupon jika sampai. Bermula larian dari sekolah, pusing satu kampung tu, kemudian rentas lak ladang koko tu, pastu patah balik ke sekolah.

Mula-mula berjalan kaki secara berjemaah je dengan geng-geng kamcing. Bila terjumpa buah jambu air yg masak kat atas pokoknya, berhenti kejap utk ambik jambu tu. Memang santai....tapi apabila guru disiplin datang dari belakang dgn menunggang motosikal sambil melibas-libas rotan panjang sambil bertempik: "Hoi...mangkuk ayun...apsal tak lari nie? Lari cepat...LARI!!!"

Maka kami pun berlari sampai tak cukup tanah. Kawan-kawan saya dah hilang macam pelesit. Saya jugak yang maintain larian jitu sehingga berjaya sampai ke enam-enam checkpoint itu. Memang tak pernah saya terfikir boleh buat macam tu. Huhuhuh...bangga sendiri dalam hati.

Dah dapat kupon tu semua, saya pun berlari patah balik ke sekolah. Sesampai di pagar sekolah jer...saya dapati sekolah dah lengang. Saya pun tengok jam tangan saya...lerrr dah kul 6.30 ptg rupanya. Semua orang dah balik rumah. Baru saya sedar yang saya adalah orang paling last sampai ke sekolah itu.

Saya pun segera ke kelas utk ambik beg dan terus berjalan ke perhentian bas. Masa itu lah saya gunakan 5 kupang terakhir utk beli air oren dan ais kepal perisa ros. Memang nikmat...

Sesampai di perhentian bas, saya dapati 3 orang lagi geng saya yg menghilangkan diri tadi. Mereka memberitahu yang bas terakhir dah pergi. Maknanya kami dah takde bas nak ambik kami. Huhuhuh...lagipun duit tambang dah takde.

Kami pun buat cara Bill Bixby (pelakon utama siri The Incredible Hulk), yakni menahan mana-mana kenderaan utk kami tumpang ke pekan. Setelah lama memberi lambang kacang Ngan Yin mengiring, akhirnya yg memberi respon ialah sebuah lori ikan. Kami tiada pilihan...hari pun dah nak malam. Bau busuk ikan tu faham-faham sendiri la.

Geng saya cergas memanjat ke atas belakang lori, dan bertenggek di atas kotak penyimpanan ikan. Saya pula memanjat dari belakang lori. Elok sahaja saya berdiri di atas belakang lori itu, tiba-tiba lori itu bergerak mengejut ke hadapan. Disebabkan daya inersia (belajar kat kelas tu ), saya hampir terhumban ke belakang. Geng saya cemas melihat saya...saya lagi la cemas kerana merasa saya akan jatuh ke jalan raya disebabkan tiadanya tempat utk tangan saya berpaut.

Saya merasakan antara hidup dan mati. Di saat badan saya mula condong utk rebah ke belakang, kedua-dua tangan saya berusaha dgn paniknya mencari apa-apa utk berpaut. Dalam keadaan split second itu, tangan saya mencapai segumpal jaring yang terikat pada kotak ikan itu. Tangan saya berpaut pada jaring, lantas menyelamatkan saya daripada terhumban ke belakang.

Sepanjang perjalanan ke pekan itu saya terus berpaut pada jaring yang busuk itu. Tapi jauh dalam hati saya bersyukur kerana jaring itu sudah menjadi asbab yang menyelamatkan saya dari terjatuh.

Itulah hari yang paling suspen saya lalui semasa bersekolah di situ. Memang saya sukar lupakan.

No comments: