Wednesday, February 04, 2009

Roti, Sos dan Susu Pekat

Tahun 2002, hari apa saya tak pasti....

"MERDEKA!!!"
"MERDEKA!!"
"Yahooooo!!"

Sayup-sayup kedengaran laungan gembira teman-teman yang telah keluar awal daripada dewan peperiksaan selepas melalui kertas exam terakhir hari itu.

Saya masih dalam dewan...menghadap kertas soalan sambil pen biru di jariku menari-nari di atas kertas jawapan...mencatatkan segala ayat-ayat jawapan (yang ada juga temberang je lebih) yg dimuntahkan oleh mindaku pada minit-minit terakhir itu.

"Okey...calon-calon dikehendaki berhenti menulis. Sila ikatkan kertas jawapan anda dengan benang yang diberikan"

Tuup! Pen di jariku menitikkan nokhtah terakhir pada kertas jawapan. Alhamdulillah...nokhtah itu melambangkan kepuasan yang tidak terkata...kepuasan melepaskan beban semester itu.

"Wei! Esok dah mula cuti sem...apa plan ko?? Tak balik Sabah ke??"

Seorang classmate menyapa tatkala kaki melangkah keluar dari dewan.

"Tak balik kampung...saya ada keje di Fakulti Bussiness nanti...SKP"

"Amenda SKP tu?"

"Skim Khidmat Pelajar...gaji RM 4 sejam"

"Habis tu, ko duduk di mana nanti? Kolej tutup masa cuti nie.."

"Tak la...Kolej Jati buka...student Sabah Sarawak boleh duduk free"

Saya masih ingat lagi. Boleh dikatakan semua teman saya meminjam dari PTPTN, tetapi saya berkeras nak survive tanpa meminjam. Jadi, cuti semester saya gunakan untuk mencari wang utk tampung kos pengajian semester berikutnya.

Ketika itu, saya tidak memiliki kenderaan...kedua belah kaki ini yang mengambil tugas itu. Mujurlah tempat kerja tak jauh mana. Menapak dalam 30 minit, sampailah juga...tapi berpeluh laa. Begitulah jua nak pegi kelas.

Dan pernah berlaku...wang yang terselit dalam dompet tinggal RM 10. Tiada lagi selain wang kertas warna merah itu...sedangkan ada 2 minggu lagi baru gaji masuk. Perut dah lapar sangat pula ketika itu. Lantas dengan wang itu, saya ke kedai runcit berhampiran. Berikut apa yg saya beli:

2 bungkus roti buku kosong = RM 4.00
1 botol Sos Cili Maggi = RM 1.80

1 tin susu krim pekat = RM 1.80


Bakinya say
a simpan utk belanja luar jangka. Bermula hari itu selama 2 minggu, setiap hari sebelum pergi ke tempat kerja, saya ambil sekeping roti dan lumurkan dgn sikit sos cili itu, lalu dimakan. Dan utk makan malam pula, juga sekeping roti dilumurkan dgn sikit sos. Begitulah seterusnya setiap hari.

Susu pekat itu pula mempunyai dua fungsi: pertama, jika saya dah boring lumur sos kat roti tu, saya sapu la sikit susu pekat tu, lalu dimakan; kedua, jika saya nak minum air panas, saya bubuh la susu tu sikit...jadilah air susu panas. Cukuplah sebagai pengalas perut sahaja.

Sudah tentu perut juga bosan dgn menu sebegitu setiap hari. Tapi kata orang...alah bisa tegal biasa. Jika nak ikutkan nafsu, sampai ke sudah takkan terpenuhi. Sasaran saya masa itu nak simpan duit..jadi kena korban la sikit bab-bab makan nie.

Dan bila dah dapat gaji pun, saya masih kekang pemakanan. Paling mewah saya makan pun Nasi Goreng Daging Merah, kat gerai paling hujung seksyen 2, Shah Alam. Itu pun sekali sekala sahaja semasa cuti semester itu. Begitulah saya ketika itu.

Hingga ke hari ini...jika terpandang roti buku kosong kat mana-mana kedai, saya akan teringat kisah tadi...lantas mengingatkan saya tentang dari mana saya mula bertatih dan berlari sehingga sampai ke hari ini....


No comments: