Saturday, February 21, 2009

Antara PDA dan Tiga tiga sekupang

Apabila melihat orang lain menggunakan telefon PDA, dari jenama yang hebat-hebat seperti HP Ipaq, O2, Dopod, HTC, LG, mahupun iPhone...sering terdetik di hati bisikan ini: "Wah! Canggih gak pakai gadget macam tu! Ada gaya!"

Namun apabila sudah memiliki satu PDA yang canggih...barulah saya sedar bahawa saya tidak memerlukan 'kecanggihan' sedemikian. Apa yg saya jangkakan akan memudahkan, rupanya lebih menyusahkan lantaran 'kecanggihan' gadget itu.

Apa tidaknya! Kalau dahulu dgn Nokia 3310...setakat nak balas SMS, sebelah tangan jer sambil bawak motor sambil sedut teh ais bungkus. Jawab call, lagi la senang...selit je henset tu dalam helmet sebelah telinga. Mudah dan praktikal!!

Namun dgn pakai PDA ini...nak reply SMS pun kena pakai kedua-dua tangan. Dah la tu, kena cermat pakai pen stylus itu sebab nak ketik sebijik-sebijik huruf kat keyboard pada skrin tu. Natijahnya, nak reply SMS pun lambat. Kerja yg boleh settle dalam 1 minit, dah menjadi 5 minit.
Nak jawab call pun satu hal. Kena pakai stylus tu gak..pakai jari kang calar lak skrin tu. Huhuhuh..memang kes naya.

Barulah saya sedar bahawa saya perlu kepada henset utk membuat/menerima call dan menghantar/menjawab SMS. Henset lama saya, Nokia 3310 sudah memenuhi keperluan ini. Namun kehendak saya kepada kecanggihan dan stylo telah mengelabui pemikiran saya sehingga menjerat diri sendiri.

Bertolak dari situ, saya menyedari bahawa naluri manusia sentiasa inginkan yg cantik, canggih, bergaya. Pemikiran kita sentiasa dikelabui attribute2 sedemikian sehingga kita terlepas pandang perkara paling basic...iaitu "apakah itu yg kamu perlu?"

Begitu juga dalam soal jodoh. Lelaki inginkan wanita yg lawa, bergaya, cantik dipandang, berharta...pendek kata yg boleh buat lelaki lain memandang lalu berkata "Wah...lawanya awek tu! Bertuah betul boyfren dia tu". Sudah tentu boyfren itu bangga sekali.

Begitu juga halnya dgn wanita. Majoriti mengimpikan boyfren yg kacak, berduit, berkereta, bergaya. Lelaki yg boleh mengundang rasa cemburu di kalangan wanita lain apabila dia berjalan seiringan dgnnya. Dalam hati si wanita tentu terdetik: "Wah! Hensemnya pak we aku....saya tahu pompuan tu semua jeles".

Sekali lagi kita dari jantina berbeza terlupa perkara yg paling basic...."apakah itu yg kamu perlu?" Apakah dengan mengutamakan ciri-ciri sedemikian mampu memenuhi perjalanan hidup berumahtangga kelak? Bagi saya, belum tentu.

Setiap sesuatu ada harga yg perlu dibayar utk memilikinya. Bagi lelaki yg mempunyai teman wanita yg jelita tahap model...sudah pasti si jejaka tidak senang kerna bimbang teman wanitanya dikebas orang. Yelah...awek lawa ramai lelaki kejar. Dan apabila sudah berkahwin pun, jiwa si suami pasti gusar...bimbang isteri ditinggal seorang di rumah. Bukan tidak pernah berlaku, isteri minta cerai kerna ada orang ketiga.

Kebimbangan yg sama dirasai wanita yg memiliki boyfren yg hensem, bergaya dan berduit (bonus, jika benar). Bimbang boyfren terpandang wanita lain yg lebih cantik...takut dia ditinggalkan. Justeru pelbagai cara diguna utk mengekalkan kesetiaan si hensem, termasuklah menyerahkan mahkota diri. Namun sedarkah kita, berapa ramai lelaki yg hensem-hensem, bergaya dan berduit ini yang mengikis harta wanita, bermain kayu tiga, kaki pukul isteri, kaki botol, kaki perempuan dan macam-macam lagi kecurangan yg ada? Bukan tidak pernah berlaku...

Akhirnya bila kita dah terkena...barulah kita kembali sedar dan bertanya soalan yg basic..."apakah itu yg saya perlu?"

"Apakah kecantikan pada wanita yg saya kejar menjanjikan kebahagiaan rumahtangga?"

"Apakah kehenseman dan harta si lelaki boleh membuatku tenang sebagai isteri?"

Rasulullah S.A.W. ada bersabda,

“ Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, cantik rupa parasnya, banyak hartanya, baik keturunannya atau kuat agamanya. Maka pilihlah yang kuat agamanya”


Nabi kita sudah memberi jawapan kepada soalan paling basic tadi...


Marilah kita renung-renungkan

Wallahu 'alam...






1 comment:

baiey yusof said...

mungkin saya boleh katakan jangan nak samakan mencari handphone dgn mencari jodoh..
mencari hp boleh kita buat perbandingan, antara hati dan pemikiran, kalau dah memang suka sangat2 kat hp idaman tu, susah mana penggunaannya janji nmpak stylo, kita pakai pun rasa best, mengancam...puas hati la..
tapi kalau nak cari jodoh, timbang-tara hati dan pemikiran (otak) yang mana mendahului?..
ada apa dengan cinta pandang pertama, suka dan sayang?apa yg dapat diterjemahkan dengan cinta, sayang dan suka?
adakah kita menyukainya atau menyayanginya atau mencintainya?tanya pada hati dan otak yang mana perlu diutamakan?
Apabila bertemu dengan pilihan hati apakah penilaian yang akan kita buat untuk melangkah ke tahap seterusnya?
Tepuk dada tanya hati ke tanya otak?
Of course la dalam Islam buat la solat istikharah, namun realitinya perasaan dan perbuatan itu yang mana membantu kita dalam membuat keputusan.