Friday, February 13, 2009

Helmet Standard

Kisah berikut ini saya petik dari teman blogger dari Seberang. Saya terjemahkan ke bahasa Malaysia agar kita dapat lebih memahami kisahnya.

Berikut jalan ceritanya:


Ini kisah nyata temanku

Pada suatu hari dia meronda-ronda di kota. Ketika itu telah dikuatkuasakan pemakaian helmet standard.
Dia meronda dengan menaiki motosikal di suatu simpang dia telah terlajak melanggar lampu isyarat merah. Kebetulan di situ ada seorang polis trafik bertugas. Lantas polis itu meniupkan wiselnya supaya kawan saya berhenti.

Tetapi teman saya tidak berhenti, malah semakin laju krn takut tiupan wisel itu.
Polis itu pun mengejarnya sehingga tertangkap.

Polis : "Kenapa kamu tidak berhenti bila saya tiup wisel tadi?"
Teman saya: "Bila pula Tuan bunyikan wisel?"
Polis: "Tadi di lampu merah ketika kamu terus memecut" [marah]
Teman saya: "Ahh...saya tidak dengar pun...semua gara-gara helmet standard nie"
Polis: "Ciss...mustahil" [tidak percaya]
Teman saya: "Kalau tidak percaya, nah...cuba pakai sendiri helmet nie"

Polis itu setuju, maka teman saya pun memakaikan helmetnya pada polis itu manakala wisel polis itu dipegang oleh teman saya.

Setelah itu, teman saya menjarakkan diri sedikit daripada polis itu lalu berpura-pura meniup wisel itu. Selepas itu, teman saya kembali menemui polis itu

"Bagaimana Tuan? Dengar tak saya tiup tadi?"
"Iya..iya...betul-betul tidak kedengaran" jawab polis itu jujur
"Nah...makanya Tuan tidak boleh saman saya...tutup kes aja"

Polis itu pun melepaskan teman saya pergi.

Hehehehe

No comments: