Saturday, February 07, 2009

Magisnya realiti

Sambil menghirup air teh uncang Boh...seorang pegawai berpangkat tinggi ini duduk sambil otaknya cuba flashback sejarah hidup dia untuk dikongsikan dengan saya, teman barunya.

"Saya pernah bertunang selama 7 tahun semata-mata menanti tunang saya tu tamat pengajian di luar negara"

"Namun, selesai pengajian je dan balik sini, dia minta putus tunang sebab dah jumpa lelaki lain"

"Saya tidak salahkan dia sebab saya memang pernah bagitau dia jika jumpa lelaki lebih baik, pegi la kepada dia"

Watak utama: "Saya tak kisah awak nak putus. Barang2 saya dah bagi tu, saya sedekah kat awak...simpan la semua. Tapi saya nak jumpa lelaki tu dulu"

Tunang: "Mana boleh....saya tak nak awak bergaduh lak dgn dia"

Watak utama: "Awak kenal saya dah lama...saya bukan nak bergaduh...hanya nak kenal siapa lelaki itu"

"Tapi dia enggan saya jumpa lelaki itu...tak mengapalah"

Watak Utama:"Mulai sekarang, kita bawa haluan kita masing2...cuma saya nak awak tahu yg saya tiada dendam pada awak atau lelaki itu...saya dah lama maafkan awak"

"Sejak itu, saya dah tak fikir pasal perempuan, pasal kawin...hinggakan mak ayah saya naik risau"

"Saya sambung belajar ambik master sampai graduate"

"Lepas itu, saya jadi lecturer part time"

"Menjelang hari konvo saya, saya jemput mak ayah saya dtg...tetapi sebab Johor banjir masa tu, mereka tak dapat datang"

"Saya call lak abang saya...jemput dia datang. Juga tak dapat datang sebab ada hal lain"

"Saya pun call la student saya seorang perempuan nie..."

Watak Utama: "Awak nak tak datang ke konvo saya di Skudai? At least, awak tahu la konvo macam mana"

Student: "Saya boleh jer...tapi minta izin ayah saya la"

Watak Utama: "Assalamualaikum Pak Cik! Saya nak jemput la nak pak cik ke konvo saya. BOleh ke?"

Ayah Student: "Ohh...boleh je. Datang la sini jemput"

"Saya pun datang rumah student saya tu...bermalam di situ...esoknya terus ke konvo"

"Selesai je konvo, baru saya perasan mak ayah saya sampai gak konvo saya"

"Lepas hantar student saya balik, saya ke rumah mak ayah saya"

Mak watak Utama: "Siapa anak dara awak bawa tadi tu?"

Watak Utama: "Itu student saya. Kami takde apa2 la mak"

Mak watak Utama: "Tak manis bawak anak dara orang keluar berdua macam tu"

Watak Utama: "Saya dah minta kebenaran ayah dia....semalam saya bermalam di rumah dia"

Ayah: "Kau suka ke budak tu?"

Watak Utama: "Nak kata suka tu, entah la. Atas pagar jer...biasa jer"

Ayah: "Macam nie lah...kau urus la proses minang dia. Lagipun ayah takde kudrat nak jalan byk. Kau pun ada pengalaman urus peminangan abang dan adik kau dahulu"

Mak Watak Utama: "Yea la nak. Mak tengok dia pun berkenan kat budak pompuan tu"

"Mak ayah saya dah kata begitu, saya pun datang la seorang ke rumah student saya tu"

Watak Utama: "Pak Cik, saya datang nie nak bertanya la sikit....anak pak cik tu dah ada orang cop ke?"

Ayah student: "Setahu saya takde. Ada gak kawan dia seorang lelaki nie...tapi takde lak dia cakap nak cop anak pak cik nie"

Watak Utama: "Kalau macam tu, saya ingat nak cop dulu la anak pakcik nie sebab mak ayah saya dah berkenan"

Ayah student: "Molek sangat la tu. Lagipun, anak saya tu tak pernah kuar dengan mana-mana lelaki lagi. Anak la yg pertama bawak dia keluar hari tu"

Watak Utama: "Jika pak cik setuju, saya bagi syarat-syarat saya la. Pertama, saya nie takde duit sangat...maklum la baru habis belajar. Jika wang hantarannya tinggi sangat, saya cakap terus terang saya tak mampu"

Ayah student: "Pak Cik faham tu. Tapi Pak Cik tak tahu la nak letak harga berapa yg sesuai. Lagipun anak saya tu baru habis SPM jer"

Watak Utama: "Kakak-kakak dia dulu berapa wang hantarannya?"

Ayah student: "Kalau tak silap Pak Cik, 5 ribu ke 4 ribu. Tak berapa ingat pak cik"

Watak Utama: "Haa...kalau macam itu...saya nak minta kurang lagi. 2 ribu ringgit sahaja wangnya. Setuju ke pak cik?"

Ayah student: "Benda yg baik seperti ini, tak elok ditangguh2. Jika 2 ribu je yg anak mampu, pak cik terima ajelah."

Watak Utama: "Ok. Syarat kedua pula, pak cik. Saya tak nak ada pelamin dan majlis sanding-sanding nie sebab duit tak cukup dan Nabi pun larang"

Ayah student: "Pak Cik setuju sangat la tu. Ada syarat lain lagi ke?"

Watak Utama: "Rasanya dah takde."

Ayah student: "Kalau semua dah setuju. Bila nak ikatnya?"

Watak Utama: "Lagi cepat..lagi baik la. Minggu nie dan minggu depan saya ada outstation. Kalau 20hb bulan depan bertunang, kemudian 30hb nikah...setuju ke pak cik?"

Ayah student: "Sesuai sangat la tu. Pak Cik ikut je"

"Semua berjalan lancar...akhirnya saya bertemu juga jodoh saya dgn student saya sendiri"

"Selang seminggu selepas itu, saya dapat call dari bekas tunang saya...sesudah 5 tahun tiada khabar berita"

Ex-tunang: "Awak apa khabar?"

Watak Utama: "Khabar baik. Awak macam mana pula? Lama tak dengar berita awak. Awak dah kawin ke dgn lelaki itu?"

Ex-tunang: "Saya sihat. Tak kawin lagi pun. Lelaki itu dah tinggalkan saya. Dia permain-mainkan saya rupanya. Jom kita kawin la"

Watak Utama: "Astaghfirullah....awak dah putus tunang dgn saya 5 tahun lepas..dan sekarang awak nak sambung balik ke?"

Ex-tunang: "Alaa...hari tu saya main-main je"

Watak Utama: "Main-main? Awak dah lukakan hati orang tua saya skrg awak nak datang balik? Maaf la..lagipun saya baru je seminggu kawin nie"

Ex-tunang: "Awak tipu la. Awak belum kawin lagi...saya tahu"

Watak Utama: "Kalau awak tak percaya, awak cakap la sendiri dgn isteri saya nie"

Isteri: "Betul kak...kami baru je kawin"

Ex-tunang: "Erm..kalau macam tu tahniah la. Saya nak cakap dgn suami awak kejap"

Watak Utama: "Sekarang percaya tak?"

Ex-tunang: "Yea...saya minta maaf ganggu awak" [menangis]

Watak Utama: "Saya dah lama maafkan awak. Ingat tak, saya pernah nak jumpa lelaki yg awak pilih tu, tapi awak tak bagi. Saya nk jumpa dia sbb nak pastikan betulkah dia jujur nak ambik awak sbg isteri sebelum saya putuskan tunang dgn awak. Tapi awak fikir saya nak pukul dia pula"

Ex-tunang: " Yea...saya ingat semua. Saya amat menyesal minta putus dgn awak. Tapi nampaknya saya dah seminggu terlambat untuk kembali kepada awak" [menangis]

Watak Utama: "Takdir kita seolah mempermain-mainkan kita. Bersabarlah...kini kita mesti terima hakikat yang kita memang tiada jodoh"

"Sejak itu, ex-tunang saya tak pernah call lagi"

"Kemudian pada suatu hari selepas 18 tahun berlalu, dia call lagi..."

Ex-tunang: "Assalamualaikum...boleh saya bercakap dgn suami kamu?"

Isteri: "Waalaikumussalam...boleh. Kejap yer"

Watak Utama: "Assalamualaikum...siapa di sana?"

Ex-tunang: "Waalaikumussalam. Nie saya. Ingat lagi tak suara saya?"

Watak Utama: "Ooohh....awak. Ingat...saya ingat. Awak apa cerita sekarang?"

Ex-tunang: "Saya dah bersuami. Saya call nie pun selepas dapat izin dari suami saya. Saya call sebab nak ucap tahniah...saya dan suami nampak foto awak dalam internet...foto tengah terima kenaikan pangkat"

Watak Utama: "Alhamdulillah...terima kasih la. Semua ini anugerah Allah. Rezeki anak-anak. Saya dah ada 4 orang anak. Awak bagaimana pula?"

Ex-tunang: "Saya pun dah jadi pensyarah kanan di UiTM Shah Alam. Baru je dapat title prof. Anak pun ada dua"

Watak Utama: "Syukurlah...sekarang baru saya faham kenapa kita tiada jodoh. Allah itu sesungguhnya Maha Adil.."

Ex-tunang: "Apa yg awak faham tu?"

Watak Utama: "Ye la...jika kita ada jodoh...apa la akan terjadi kepada anak-anak kita. Semua tunggang langgang sebab awak dan saya sibuk dengan kerja kerana masing2 sandang pangkat besar."

Ex-tunang: "Betul juga yea"

Watak Utama: "Allah pertemukan saya dgn jodoh saya sekarang ini kerana itulah yg sebaik-baiknya untuk saya dan anak-anak saya kelak. Begitu juga dgn awak dan suami awak"

Ex-tunang: "Yea...saya pun dah nampak begitu"

"Sejak itu, isteri saya dan dia menjadi kawan rapat. Selalu call bertanya khabar"

"Tiinn! Tiinn!"

Terdengar bunyi hon di luar pejabat. Sebuah Honda CR-V biru dipandu seorang remaja lelaki berhenti di hadapan pintu pejabat. Di sebelah seat pemandu, ada seorang wanita.

"Ohh...itu anak saya dan isteri saya tengah tunggu....saya minta diri dulu."

"Assalamualaikum...jumpa lagi yer"

1 comment:

baiey yusof said...

Betapa besarnya hikmah Allah terhadap hamba-Nya..kadang2 kala kita terbawa oleh perasaan yg seolah2 menyangkal dan menyalahkan mengapa Allah berlaku tidak adil kepada aku..

Bila tiada siapa yg memahami hati dan perasaan ini, hanya Allah sahaj tempat kita mengadu