Thursday, May 28, 2009

SPM: Student Pening Memikir

Akhirnya 'kegilaan' yang saya pernah tegur dalam post saya pada 30 Mac 2008 mendapat reaksi positif daripada kepemimpinan baru kabinet Malaysia hari ini.

Laporan Utusan Malaysia benar-benar menggembirakan saya.

Berikut adalah petikan daripada post saya yang terdahulu itu:

Sama ada sedar atau tidak, wabak ini sebenarnya kurang sihat. Apa tidaknya, ia akan mewujudkan generasi muda yang cuba sedaya mungkin untuk 'memecahkan rekod' kecemerlangan akademik lepas. Jika dahulu pencapaian 17A1 dalam SPM adalah yang terbaik. Kini sudah ada pula 20A1!!!

Apa gunanya kita menggalakkan pelajar kita mengambil begitu banyak subjek?? Sama ada sedar atau tidak, kita telah memberi contoh yang tidak baik kepada calon-calon SPM yang akan datang kerana barang sudah pasti mereka akan cuba pula mencipta rekod lebih tinggi lagi.

Sepatutnya Kementerian Pelajaran menghentikan 'wabak' ini. Para pelajar sepatutnya diberi panduan dalam mencari halatuju masa depan mereka dengan menggalakkan mereka hanya mengambil subjek yang berkaitan dengan sasaran kerjaya masa hadapan mereka. Penumpuan segala sumber kepada halatuju yang jelas adalah lebih baik daripada mengambil begitu banyak subjek tetapi selepas itu tidak mempunyai halatuju dalam hidup.

Syukurlah kerana kerajaan kita sudah dapat melihat kesan buruk 'kegilaan' itu.

Alhamdulillah...

2 comments:

jaja said...

x "giler" kalu kita pikir dari satu sudut...bygkan seorang pelajar skola agama...kalau depa amik 10 subjek only...mana nak amik subjek arab tinggi la, arab komunikasi lagi, syariah lagi..payah laaa nak jadi unggul kalau kena buang subjek penting lain...

Darth Windu said...

Mungkin utk kes Sekolah Menengah Agama berbeza. Tapi fokus komentar sy ialah kpd sekolah menengah biasa nie.

Jika berhajat menjadi doktor, apa kejadahnya amik subjek ekonomi dan perdagangan sekali?

Mungkin dia pandai, tetapi yg jelas dia tidak bijaksana dgn keputusan yg meletihkan seperti itu.

Dari sudut pengurusan sumber dan kewangan, sudah tentu pengambilan subjek yg byk begitu adalah sgt tidak ekonomikal.

Justeru, adalah lebih baik dihadkan sahaja jumlah subjek yg boleh diambil agar pelajar2 ini lebih fokus kpd sasaran masa depan masing2...dan bukannya cuba nk popular dgn cuba skor subjek sebanyak mungkin...

Wallahu 'alam