Monday, January 26, 2009

Antara Limau dan Sasau

Hari ini banyak dihabiskan dengan menonton siaran televisyen. Berita yang dipaparkan penuh dengan kemeriahan perayaan Kaum Tiong Hwa.

Agak sedih juga melihat para pemimpin yang beragama Islam turut meraikan majlis membesarkan perayaan itu bersama-sama dengan yang bukan Islam. Lebih menyedihkan lagi ada juga kerabat Raja di utara tanahair yang turut meraikan hari ini bersama pelajar-pelajar antarabangsa dari Tanah Besar China.

Umum mengetahui bahawa raja setiap negeri adalah penaung agama Islam, Yang Dipertuan Agong pula adalah lambang agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.


Dimanakah perginya mufti-mufti penasihat raja-raja ini? Tahukah kerabat raja ini akan apa hukumnya meraikan perayaan orang-orang bukan Islam?



[1] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
[2] Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3] Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5] Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

Surah di atas sudah cukup sebagai dalil utk menegah apa yg pemimpin dan raja beragama Islam di negara ini sering amalkan.

Menghadiri majlis-majlis sedemikian adalah sama ertinya kita mengiktiraf kepercayaan mereka sebagai 'benar', sedangkan hakikatnya kita tahu amalan dan kepercayaan mereka itu adalah sesat lagi syirik. Nauzubillah...

Semoga Allah swt sentiasa memberi petunjuk-NYA kepada kita semua. Amiiin.

No comments: