Friday, January 16, 2009

Hanya pakai lirik

Terimbau kembali kisah lampau ketika budak-budak lagi. Masa tu saya ada seorang sepupu lelaki. Dia sekolah menengah masa tu tapi duduk di asrama.

Bila cuti sekolah, dia selalu datang ke rumah saya untuk bercuti. Hobi dia masa lepak-lepak kat depan rumah ialah menjadi 'DJ', maknanya kerja memasang memutarkan lagu-lagu popular pada kaset menggunakan radio lapok dia.

Dipendekkan cerita, aktiviti dia nie diminati seorang gadis yang juga jiran sebelah rumah. Gadis tu memang minat lagu-lagu nie. Selanjutnya si gadis menghantar surat kepada sepupu saya nie minta tulis lirik lagu Ibnor Reza nie.

Gadis itu mungkin minat pada sepupu saya, jadi dengan cara itulah dia boleh kenen-kenen sepupu saya. Apabila mendapat permintaan sedemikian, sepupu saya dengan professionalnya menulis bait-bait lirik lagu ini dan dihantar kepada si gadis.

Si gadis rupanya memang simpan perasaan kepada sepupu saya. Sepupu saya pun ada sikit la perasaan yang sama. Namun dipendekkan cerita, kisah mereka tak bertaut. Si gadis berkahwin dengan orang lain manakala sepupu saya menjadi guru sekolah dan berkahwin dengan gadis pendatang dari Indonesia.

Mari kita dengarkan lagu yang menjadi nostalgia ini ;)


No comments: