Sunday, January 25, 2009

Jangan main hentam sahaja, Labu

Kemelut terbaru berkenaan ura-ura pembinaan lapangan terbang tambang murah (LCCT) di Labu Negeri Sembilan semakin panas diperkatakan.

Kerajaan pula seolah bermain tarik tali dengan kenyataan akhbar baru-baru ini yang mengatakan "keputusan belum dibuat tentang hal itu".

Tapi kalau kita peka dengan berita-berita semasa, CEO AirAsia, Datuk Tony Fernandes pernah dengan yakin mengatakan bahawa projek itu akan dilaksanakan.

Huhuhuh...siapa yang cakap bohong sekarang ini???

Baiklah...mari kita telusuri track record AirAsia ini utk mengenali siapa geng-geng ini. Airasia sebelum tahun 1997 adalah anak syarikat MAS. Namun disebabkan ia sering mencatatkan kerugian, maka sahamnya dijual ketika kegawatan ekonomi 1997.

Ketika itu muncullah watak Tony Fernandes. Beliau meluahkan hasrat kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir untuk membuka sebuah syarikat penerbangan tambang murah setelah mendapat idea perniagaan sedemikian sewaktu belajar di UK dahulu.

Untuk melaksanakan konsep tambang murah, perlu ada 'dasar langit terbuka' terlebih dahulu. Maka dasar itu pun dicanangkan ke pelusuk negara. Ramai yg salah faham tentang dasar itu. Majoriti memahaminya sebagai "perkembangan dunia teknologi maklumat menerusi perkongsian maklumat global menerusi jalur lebar". Tapi hakikatnya bukan begitu. Dasar itu sebenarnya adalah untuk MoU di antara negara-negara untuk membenarkan ruang udara dan lapangan terbang mereka digunakan secara efisien bagi mengurangkan kos penerbangan keluar masuk sesama negara.

Dengan terlaksananya dasar itu, laluan sudah terbuka untuk Tony menjadi pemilik Airlines. Pada awalnya beliau ingin menubuhkan sebuah syarikat baru. Namun atas nasihat Tun Mahathir yang lebih kurang berbunyi: "why you want to start from scratch? AirAsia already have all facilities...grab it and innovate it".

Tony bersetuju dengan itu. Beliau membeli kepentingan dalam AirAsia dan menukar wajah AirAsia kepada apa yang ada sekarang. Kos tambang murah diperkenalkan dan ia mendapat sambutan amat menggalakkan. Al-maklumlah...masa itu zaman ekonomi gawat...semua orang nak berjimat. Tahun kedua sahaja, AirAsia dah mula mencatatkan keuntungan berlipat ganda menerusi khidmat penerbangan domestiknya.

Dengan alasan KLIA mengenakan kos persinggahan pesawat yang tinggi, AirAsia berpindah ke LCCT sekarang ini dengan slogan untuk mengurangkan lagi kos penerbangan sekaligus menjamin tambang murah utk rakyat Malaysia sekitar tahun 2000 (kalau tak silap saya).

MAS terjejas teruk kerana persaingan ini. Tak cukup dengan itu, AirAsia menambah luka MAS dengan melancarkan AirAsia X (untuk penerbangan jarak jauh) dan memohon kepada kerjaaan utk mengambil alih penerbangan rural area drp MAS (dengan slogan utk memberi khidmat komuniti kononnya).

Permohonan itu diluluskan dan AirAsia mula beroperasi di rural area pula dengan anak syarikat mereka, Fax. Namun tak sampai dua tahun, AirAsia menuduh MAS menyerahkan pesawat2 Fokker yang uzur utk penerbangan rural area yang sekaligus menyebabkan kos operasi mereka tinggi dan merugikan.

Atas sebab itu. AirAsia merayu pulak kpd kerajaan utk menyerahkan balik tugas penerbangan rural area kpd MAS. Permohonan diluluskan dan MAS terpaksa cover rural area service semula dalam keadaan MAS mencatatkan kerugian dan disaingi hebat oleh AirAsia dan AirAsia X.

Daripada kronologi panjang lebar di atas, dapatlah saya rumuskan bahawa AirAsia adalah syarikat yang berorientasikan untung semata-mata...tiada lain melainkan untung. Hinggakan nak makan minum semasa flight pun mereka jual pada harga cekik darah. Bandingkan dgn FireFlyz yang memberi minuman dan snack percuma.

Justeru, pembinaan LCCT di Labu juga semestinya berorientasikan untung juga. Jgn terpedaya dgn slogan Datuk Tony yg kononnya ingin memajukan daerah Labu dan memberi peluang pekerjaan di sana. Mungkin ada betulnya....tapi culasnya lebih nyata. Track record yg dihuraikan di atas jelas menunjukkan siapa geng AirAsia nie.

Pembinaan lapangan terbang bukan hanya melibatkan runaway utk pesawat tapi lebih berskala besar seperti pembinaan jalan raya baru, terminal baru dan segala macam lagi prasarana untuk kemudahan para penumpang keluar masuk.

Joint venture AirAsia dgn Sime Darby dalam projek skala besar ini sudah cukup menyingkap selera serakah di sebalik projek itu.

Saya berharap kerajaan Malaysia tidak meluluskan projek di Labu itu krn Sepang sudah ada prasarana utk pembinaan LCCT baru. Mengapa nak pindah sampai ke Labu? Fikirkanlah kos yang akan ditanggung penumpang2 apabila airport tambang murah dah sejauh itu.

Wallahu 'alam

No comments: