Saturday, January 31, 2009

Teringat di suatu ketika

"Kamu nak tahu...tiga hari lepas saya pegi berurut kat rumah kawan saya. Fuh..lega gak urat2 dan otot2 nie. Pandai dia mengurut"

"Ok..kita tangguh jap kuliah nie...saya nak cerita tentang kawan rapat saya nie"

Puluhan pelajar di dewan kuliah itu bungkam tatkala mendengar arahan itu, namun tangan masih ligat mencatat nota berpandukan paparan di skrin gergasi di hadapan.

"Kawan saya nie dahulunya seorang akauntan. Dia bekerja dengan sebuah syarikat terkemuka di ibukota "

"Dia bekerja sudah lama dan gajinya pun memang amat lumayan"

"Namun jiwanya tidak tenang."

Suasana dalam dewan senyap. Semua mata dan telinga tertumpu kepada cerita yg disampaikan.

"Masa tu saya tanya dia kenapa tidak tenang? "

"Dia menjawab dia tidak senang kerana sering terpaksa menemani pihak atasannya mengunjungi kelab malam utk entertain klien"

"Mengapa tidak tolak sahaja benda2 seperti itu?"

"Saya dah cuba...tetapi boss saya paksa juga. Saya terpaksa buat juga. Walaupun saya tidak sentuh arak itu, tetapi jiwa saya tidak tenang memberi nafkah kpd anak bini hasil drp pekerjaan saya skrg nie"

"Betul juga apa yg awak fikirkan itu." Pensyarah terus bercerita.

"Kamu tahu tak apa yg berlaku selepas itu?" Pensyarah bertanya pula kepada kami. Tapi semua senyap membisu.

"Kawan saya itu akhirnya meletak jawatan setelah yakin dgn keputusan yg dia ambil itu"

"Dia nekad tak mahu kerja lagi jawatan yang sama"

"Cuba kamu fikir...macam mana dia nak sara anak dan isteri dia?" Kami senyap membisu.

"Ditakdirkan pada suatu malam...dia mendapat mimpi. Dalam mimpi itu, kawan saya ini diajar oleh seorang tua kaedah-kaedah mengurut tradisional"

"Dia terus-menerus mendapat mimpi sebegini. Seolah menjadi silibus pulak utk dia belajar"

"Kawan saya nie pun cuba mempraktikkan ilmu baru dia ini kepada orang lain."

"Sejak dari hari itu, orang-orang penduduk setempat dia datang berurut dengan dia kerana kepandaian dia mengurut"

"Sehingga ke hari ini, itulah punca pendapatannya. Hasil wang itu pula boleh mencukupi menampung belanja harian, anak masuk universiti, dan dia suami isteri naik haji"

"Saya juga sudah berurut dengan kawan saya nie tiga hari lepas. Memang terrer"

"Nampak tak?" Kami semua tergamam

"Allah s.w.t telah menolong dia krn keyakinan dia mencari keberkatan dalam hidup ini"

"Ingat...wang walau sedikit tetapi berkat adalah jauh lebih baik daripada wang ribuan ringgit tetapi datang dari sumber yang syubhah"

"OK..kuliah kita tamat di sini sahaja. Jangan lupa minggu depan ada ujian bulanan"

(Dipetik daripada sessi kuliah Prof. Dr. Mazani di Dewan Kuliah Utama FTMSK, tahun 2005)

No comments: